Monday, March 25, 2013


SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PELAJAR RESTU KIDS, JAGA KESELAMATAN DAN SEMOGA GEMBIRA SELALU.

Saturday, March 23, 2013

KURSUS SIJIL JAWI DAN KHAT 2013

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Apa aktiviti anda di hari cuti ni...anak-anak pun telah mula bercuti, jadi ibu bapa bolehlah merancang percutian yang terbaik untuk anak-anak anda.

Ok di sini saya ingin mengwar- warkan mengenai dua program yang akan dianjurkan oleh Restu Kids iaitu Sijil Jawi Dan Asas Kaligrafi dan juga Sijil Kaligrafi. Kursus jangka pendek ini akan bermula pada bulan April ini dan akan diadakan setiap hari Sabtu pada minggu ke-2 dan ke-4 di Restu Kids, Kompleks Taman Seni Islam Selangor. Kursus ini dibuka untuk pelajar 7 hingga 12 tahun sahaja. Tenaga pengajar adalah khattat yang berpengalaman dari Yayasan Restu.

Istimewanya Sijil Kaligrafi ini ialah anak-anak dapat belajar seni menulis khat dengan menggunakan 'handam'. Palajar akan diajar menulis khat yang dinamakan khat nasakh. Sekiranya anak-anak mempunyai minat dan ada kemahiran Jawi, jangan sia-siakan bakat anak-anak anda. Kursus ini merupakan salah satu cara untuk mengembangkan bakat dan minat anak-anak anda.



Tuesday, March 12, 2013

Mentor-mentee 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....


      Ok hari ini saya nak update entry mengenai mentor-mentee pula. Sebelum tu saya ingin 
menerangkan serba sedikit tentang mentor-mentee ni. Program mentor-mentee ini sebenarnya satu program di mana guru menjadi mentor dan palajar menjadi menteenya. Program ini bertujuan untuk mengikuti setiap perkembangan pelajar dari segi akademik dan juga kokurikulum. 

       Untuk tahun ini, Restu Kids mempunyai seramai 50 orang pelajar dan 6 orang guru, bermakna setiap guru akan memantau dan mengikuti perkembangan 8 orang pelajar di bawah jagaannya sehinggalah akhir tahun nanti.













Thursday, March 7, 2013

Majlis Bacaan Yassin & Tahlil



Assalamualaikum dan selamat tengahari semua. Rasanya sekejap je masa berlalu kan, pejam celik - pejam celik dah masuk bulan Mac. Ok di sini saya ingin maklumkan mengenai Majlis Bacaan Yasin & Tahlil pada 28 Mac ini (Khamis) bertempat di Surau Ahlil Kisa', Kompleks Taman Seni Islam Selangor.

Program ini dianjurkan oleh Restu Kids sendiri dan bekerjasama dengan Ribat Al-Quran Yayasan Restu.
Semua dijemput hadir. Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh lah hubungi terus seperti nombor yang tertera di atas ini.

Bento Art