Tuesday, October 21, 2014

Story Telling: Kisah Para Nabi

Assalammualaikum wrt wbt

Bersyukur kita selepas meniti hari demi hari silih berganti menghadap pelbagai tugasan dugaan dan masalah namun kita masih diberi peluang oleh Allah tuhan penguasa alam semesta suatu benda yang kita tidak dapat jual beli iaitu HARI. Tahukah anda hari itu adalah modal kita di dunia ini? Hari itu adalah peluang yang Allah masih beri untuk kita mencari keuntungan amalan baik yang kita buat. Itu lah nikmat kehidupan kita yang masih menjadi peluang pada kita.

Sedar atau tidak kita semakin hari semakin kekurangan modal dari segi hari kerana lumrah alam telah menetapkan bahawa semakin jauh kita menjalani setiap hari semakin kita mendekati kepada kematian. Bila kita mendekati kematian tamatlah segala peluang yang Allah berikan. Kita bakal melangkah ke alam yang sangat asing bagi kita. Asing dari segi waktu, perjalanan dan konsep. Allahuallam. Siapakah kawan kita pada waktu itu? Apakah nikmat kubur kita pada waktu itu? Semua bergantung kepada modal hari yang Allah berikan kepada kita sama ada kita menggunakan dengan baik atau tidak. Di harapkah hari terbuang dengan segala amalan baik yang tidak terkira hendaknya.

Hari ini Restu Kids mendapat kesempatan yang di berikan Allah bagi menjalankan aktiviti 'Story Telling' atau lebih senang di kenali sebagai aktiviti bercerita. Aktiviti ini di jayakan oleh guru guru Restu Kids sendiri mengikut kelas masing masing. Pelbagai kisah para nabi di ceritakan oleh para guru kepada anak anak Restu Kids.. ternyata mereka sangat teruja untuk mengetahui kisah para nabi tersebut.
Aktiviti ini adalah satu riadah ilmu untuk anak Restu Kids yang telah tamat penilaian tadika pada minggu lepas.Di bawah terdapat beberapa gambar-gambar yang dapat di rakam semasa sesi bercerita di jalankan.
















Itu sahaja yang dapat di paparkan. Harap semua ibu bapa,guru-guru serta anak-anak Restu Kids gembira mendengar cerita para nabi yang di ceritakan.

Wasalam.

Monday, October 13, 2014

Ibadah Qurban Yayasan Restu

Assalammualaikum wrt wbt

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w

Alhamdullilah
Subhanallah
Allahuakbar

Allah Maha Kuasa ,Allah Maha Penyayang.Tiada siapa yang mampu melebihi sifat penyayangnya Allah.Jika seorang ibu amat sayang kepada anaknya,maka sifat penyayang seorang ibu tidak akan dapat mengatasi sifat Maha Penyayangnya Allah.Sifat penyayang Allah lebih hebat dari sifat kasih sayang ibu kepada anaknya.Lebih hebat dari kasih sayang seorang pencinta kepada kekasih hatinya.Tanda-tanda kasih sayang Allah itu ada di segenap alam. Siapakah kita untuk menilai Allah.

Malukah kita kepada Allah jika setiap kehendak Allah kita tidak turutkan,,
Bersyukurkah kita?

Allahu..



Setelah Allah memberikan kita pelbagai nikmat yang sangat luas sehingga kita terkadang lupa kepada Allah, Allah tambahkan lagi nikmat dengan memberi perayaan kepada semua umat islam..
Perayaan yang sangat besar nilainya..Ada dua perayaan yang sangat besar untuk diraikan oleh semua umat islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.  Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.




Kami di Restu Kids tidak ketinggalan turut serta bersama staf Yayasan Restu menyertai ibadah korban yang berlangsung di Kuang, Selangor pada hari Rabu, 8 October 2014. Semua staf dibahagikan tugas masing masing antaranya memotong, melapah, menyembelih, menimbang, memasak dan sebagainya. Semua pihak menjalankan tanggungjawab 
masing- masing sebelum dihidangkan makanan yang sangat lazat antaranya, Ungkep daging,nasi daging, sup tulang, daging goreng, kari kambing, daging masak lada hitam, daging panggang dan banyak lagi. Semua menjamu selera dengan gembira sekali setelah berpenat lelah sehingga waktu zohor. 







Sebelum majlis bermula, semua staff bertakbir memuji Tuhan penguasa alam dan mendengar ucapan daripada pengerusi Yayasan Restu Dato' Abdul Latiff bin Mirasa. Majlis sempurna pada jam 4.00 petang selepas bergotong-royong membersihkan segala perkakas, alatan dan tempat digunakan. 

Kami di Restu Kids berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang bersama turut serta dalam Majlis Qurban Yayasan Restu ini. Diharap majlis ini dapat diadakan lagi setiap tahun. Terima Kasih atas semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Berjumpa lagi kita pada tahun hadapan.

Wasalam




Friday, October 10, 2014

Pendaftaran ke Restu Kids tahun 2015

Assalammualaikum wrt wbt

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w

Alhamdullilah
Alhamdullilah
Alhamdullilah Syukur kepada Allah tuhan sekalian alam.
Restu Kids kini semakin meniti-niti di bibir ibu bapa.
Kini, semakin ramai anak-anak yang berjaya di Restu Kids dengan bantuan guru guru yang berusaha keras bagi membangunkan Restu Kids agar dapat menjadi tempat pendidikan prasekolah integrasi Islam yang di sukai ramai. Anak-anak di sini bukan sahaja dididik dengan pendidikan duniawi yang menjadi kehendak masyarakat kini tetapi juga di didik dengan pendidikan akhirat yang tidak dapat di jual beli ilmunya. 
Setiap pelajar dididik agar mempunyai akhlak yang baik dan dapat dicontohi oleh orang lain seperti akhlak Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad s.a.w

Kini, tahun 2014 akan melabuhkan tirai. Pelajar Restu Kids kini semakin menghampiri minggu peperiksaan. Pelbagai kaedah yang dilakukan oleh para guru agar pelajar Restu Kids dapat mengakhiri peperiksaan tahun ini dengan cemerlang. Ulangkaji dengan pelajar juga giat dijalankan. Namun, usaha kami para guru tidak hanya bernoktah disini, pengambilan untuk tahun 2015 kini sudah dibuka untuk para ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang berumur 5-6 tahun di Restu Kids. Berikut adalah poster pengambilan dan sedikit maklumat berkaitan.




Disini di sediakan juga beberapa maklumat tambahan untuk semua pembaca blog Restu Kids.

Waktu Persekolahan:
Isnin-Khamis (8.30pg-1.00ptg)
Jumaat (8.30pg-11.30pg)

Bertempat di Kompleks Taman Kesenian Islam Selangor,Sekyen 10,Shah Alam
Dibuka untuk pendaftaran berumur 5-6 Tahun
Makanan disediakan 2 kali sehari:
Sarapan Pagi
Makan Tengahari

Subjek yang ditawarkan:
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Pendidikan Islam (Feqah/Tauhid/Akhlak/Sirah)
Bahasa Arab
Hafazan (Hadis/Surah Lazim)
Jawi
Iqra'
ICT(Komputer)
Art and Craft

-Praktikal Solat
-Pendidikan Jasmani


Jadi sudi kiranya ibubapa war-warkan berita ini agar semua pihak dapat berkongsi maklumat tentang Restu Kids kepada semua pihak.
Jika terdapat sebarang pertanyaan dan persoalan yang bermain di dalam fikiran boleh menghubungi kami atau kunjungi kami di Kompleks Taman Kesenian Islam Selangor, kami akan menyelesaikan persoalan anda dengan sebaik baiknya.

Boleh juga pembaca like atau hubungi kami di page facebook Restu Kids untuk maklumat lanjut.

Akhir kata, semoga Allah memberikan kita jodoh agar kita dapat bertemu dan meluangkan sedikit masa. InsyaAllah.

Wasalam

Bento Art