Friday, May 30, 2014

"Is It Sink or Float?"

Pada 28 Mei 2014 (Rabu), kami telah membuat satu eksperimen mengenai benda yang tenggelam atau terapung (sink or  float). Jom kita lihat apa itu 'Sink or Float'.....

Sebelum eksperimen dijalankan, Teacher Fardilla menerangkan serba sedikit apakah makna 'sink' dan 'float' kepada pelajar.


 
Nampaknya pelajar-pelajar sedang khusyuk mendengar penerangan yang diberikan oleh Teacher Fardilla.
Mereka pun tertanya-tanya sebenarnya apa itu 'sink' dan 'float'.
'Sink' itu bermaksud tenggelam. Manakala 'Float' itu bermaksud terapung.



Ini dia antara bahan-bahan yang digunakan di dalam eksperimen yang dilakukan.


 Eh? Kenapa ada cawan berisi air dan telur ni ya?? Eksperimen apa pula ni?
Satu cawan berisi air kosong dan satu cawan lagi berisi garam yang telah dilarutkan di dalam air.

Pertama,  masukkan telur yang tidak direbus ke dalam cawan yang berisi air kosong. Hasilnya telur itu tenggelam.

Kedua, masukkan pula telur yang belum direbus ke dalam cawan yang berisi garam yang telah dilarutkan. Hasilnya telur itu terapung. Magik!
 Hal ini berlaku kerana air garam mempunyai berat lebih daripada air tawar di mana banyak garam di larutkan semakin mudah bagi objek terapung di dalamnya.. Ini dipanggil sebagai "Archimedes Principle".


 
 Sekarang, kita bahagikan pelajar di dalam kumpulan. Dah tak sabar nak mulakan eksperimen.



 Now, Let's start our exsperiment! So excited.




 
 Jadi inilah hasilnya dari kumpulan masing-masing.
Ada yang terapung dan ada yang tenggelam. 


 Bergambar dengan hasil eksperimen kumpulan masing-masing..
Diharapkan dengan aktiviti seperti ini dapat memberi ilmu yang bermanfaat kepada pelajar-pelajar.


Tuesday, May 20, 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2014

  Majlis Sambutan Hari Guru Restu Kids telah diadakan pada 19 Mei 2014 (Isnin). Ianya disambut dengan meriah sekali... Terima kasih kepada ibubapa dan pelajar yang telah memberi hadiah & menyumbangkan pelbagai juadah makanan pada hari tersebut. 
  Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari tersebut ialah pertandingan mewarna, menyanyi dan sesi bergambar bersama para guru Restu Kids.

Pelajar dari kelas 6 Tahun. Ibnu Qayyim & Ibnu Sina.
Tekun & kusyuk sekali mereka mewarna demi merebut hadiah yang akan dimenangi..
Ada yang pantang tengok kamera, mesti nak ber'posing'. huhu..

Ini pula pelajar dari kelas 5 Tahun. Ibnu Khaldun & Ibnu Batutta.
Adik Hanz Eyzani menunjukkan hasil kerjanya.. "Teacher, saya dah siap!"


Bila dah penat mewarna.. Tibalah masa untuk kita makan & menjamu selera..
"Teacher, kami dah lapar..,"
Berselera betul. Makan apa tu??

Ini dia antara juadah yang telah disumbangkan oleh para ibubapa pelajar Restu Kids. Jamuan 'Pot Luck'.
Semuanya sedap-sedap. Pelajar-pelajar pun nampaknya berselera menikmati juadah makanan yang sedia ada.


Selepas menjamu selera & berehat sebentar, kini tibalah pula aktiviti menyanyi bersama para guru Restu Kids yang telah diketuai oleh Teacher Fardilla. Siap ada gaya lagi tu...
Sebenarnya mereka ni dah tak sabar nak tahu siapa pemenang pertandingan mewarna...
Sabar.. Sabar itukan separuh daripada iman. 


 Ini dia saat yang ditunggu-tunggu.. Wajah-wajah para pemenang pertandingan mewarna.10 orang pelajar telah memenangi pertandingan tersebut.
 Hadiah telah disampaikan oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan Yayasan Restu, Puan Roshalina Baharuddin.
Dari kiri, adik Iqbal, adik Qayssuri, adik Afiq & adik Ariff. Tersenyum lebar nampaknye....

 Penyerahan hadiah yang disampaikan oleh Teacher Jamaliah.
Dari kiri, adik Fawwaz & adik Umairah.
 Ini pula penyerahan hadiah daripada Teacher Shila kepada adik Athilah & adik Afeeq.
Yang terakhir, penyerahan hadiah daripada Teacher Yan kepada adik Diyana & adik Syaza.
Tahniah untuk para pemenang!!
10 yang terbaik & terpilih dalam pewarnaan.


 Antara hadiah-hadiah yang telah diberi kepada para guru Restu Kids daripada pelajarnya.
Terima Kasih semua......


 Aktiviti terakhir... Bergambar kenangan bersama para guru & pelajar Restu Kids.


Guru-guru Restu Kids. Dari kiri, Teacher Syazwini, Teacher Jamaliah, Teacher Atikah, Teacher Fardilla, Teacher Norshamsila & Teacher Noorharyanti.

"SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA KERJA RESTU KIDS."
Tak lupa juga kepada guru-guru di luar sana.. Jasamu dikenang.

Friday, May 16, 2014

Sukaneka Restu Kids 2014

Pada 12 April 2014 (Sabtu), buat julung kalinya Restu Kids telah mengadakan Hari Sukaneka pada tahun ini. Bukan sahaja para pelajar yang terlibat, malah ibubapa & keluarga pelajar juga turut serta memeriahakn suasana. Pelbagai acara sukan telah kami aturkan. Jom kita tengok acara apa yang telah Restu Kids aturkan untuk para pelajar, ibubapa & keluarga ya....


Sesi pendaftaran yang dibuka seawal jam 7.30pagi. Peserta terawal yang mendaftar telah mendapat hadiah istimewa tau.

Ucapan alu-aluan daripada Dato' Abdul Latiff Mirasa selaku Pengerusi Yayasan Restu.


Sebelum memulakan aktiviti..kenala buat streching & senamrobik dahulu bagi meregangkan segala otot & urat saraf. hehe..1, 2, 3.......8.
 Tarik nafas & hembus. Fuhhh!!



Acara pertama, menarik bola menggunakan gelung plastik atau nama lainnya ialah "Draging Ball".
Semangat sungguh anak-anak Restu Kids ni kan... Tarik bola tu jangan tak tarik...



Ini pula acara kedua bagi kategori A (Tadika), perah air ke dalam botol kosong menggunakan span atau nama lainnya ialah "Fuel Up to Win!". Kumpulan Oren & Merah macam dah tak sabar je tuu.. Nak tengok apa hasilnya??

Inilah hasilnya....kira punya kira, tengok punya tengok.. Kumpulan Biru yg telah menjuarai acara "Fuel Up to Win!" ni.. Good job!


Inilah acara-acara yang lainnya bagi kategori A (Tadika)... "Monkey Jump", "Catwalk" & "Hurry Up!".


Ini dia...acara bagi kategori B (Ibubapa). Dalam kategori B ini..Ibubapa juga turut menyumbangkan markah mengikut kumpulan anak masing-masing. Antara acaranya ialah, "Run, Mummy Run!" (berlari berpasangan menggunakan 1 kain batik), "Oh, My Dear.." (lari membawa bola menggunakan kepala secara berpasangan), "Be Careful, Honey" (ibubapa membawa anak di atas tangan), "Run With Me" (lari ikat kaki secara berpasangan) & "Let's Skipping" (lari skipping). Terima kasih kepada ibubapa yang sangat "sporting".


Ini pula acara terbuka untuk kanak-kanak 7-12 tahun.
Tiup dik jangan tak tiup...
Adik baju hijau dah macam askar.. Kutip apa tu guna straw? 

Acara terakhir iaitu penyampaian hadiah bagi cabutan bertuah dan hadiah bagi para pemenang pertandingan.
Tahniah untuk para pemenang!! 

Itulah sahaja cerita di hari Sukaneka Restu Kids.
Terima kasih kepada guru-guru, staf-staf Yayasan Restu, ibubapa dan yang turut bekerjasama dalam menjayakan Sukaneka Restu Kids kali ini. Diharapkan tahun depan kita berjumpa lagi....
Jazakallah

Bento Art