Friday, October 23, 2020

Persiapan Goodies Bag untuk Pelajar






Alhamdulillah...selesai jugak usaha teachers mencetak beg untuk anak-anak Restu Kids.
.
.
Disebabkan Tahun ni tiada Majlis Konvokesyen, pelajar akan dihadiahkan dengan goodies bag yang cantik ini bersama beberapa items yang akan dimasukkan ke dalam beg ini nanti...
.
.
Kita tunggu sama-sama ye anak-anak. 

Monday, October 19, 2020

Salam Maulidur Rasul

 


Bismillahirahmanirrahim....

Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah SWT berikan kepada alam semester ini. 

.

.

Tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah "Ummah Rabbani Negara Harmoni".

.

.

Rasulullah SAW adalah insan kamil yang tinggi keperibadian dan tiada tolok bandingnya. Baginda perlu dijadikan ikon perpaduan ummah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasullullah itu contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam susah dan senang)". 

(Surah Al-Ahzaab: 21)

Thursday, October 1, 2020

Latihan Ejaan menggunakan risalah daripada pasaraya

Jemu kan asyik-asyik buat latihan menggunakan buku je, apa kata kali ini kita buat latihan tapi menggunakan risalah daripada pasaraya.

.

.

Haaahhhh, jangan dibuang tau risalah yang dapat daripada pasaraya tu...Ada banyak faedahnya...

.

.

Alamakkkk!!!  lepas ni confirm habisla pamplet di Tesco, Giant, Mydin...hahahha












Si Kura-kura yang kerinduan...hahahaha 😆

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini teacher nak share sedikit hasil daripada teacher beli jiwa anak-anak murid teacher yang tersayang. Hepi dan seronok semuanya apabila dapat buat aktiviti Art&Craft ini.

.

Dan yang kelakarnya, mereka nih sampai bersorak dan rasa tak sabar nak tunggu teacher Art&Craft  masuk ke kelas. Begitulah dunia kanak-kanak yang penuh dengan hiburan dan keseronokkan.👀😆

.

.

Alahhhh...tak susah sangat pun nak beli jiwa mereka, buat aktiviti macam ni pun dan sengih sampai ke telinga, siap tanya lagi...Teacher minggu depan nak kena bawak apa lagi???? hahahaha..

.

Teacher saje je nak bagi diaorang rasa erti tanggungjawab. Maksudnya, bila kita arahkan mereka untuk bawak sesuatu contohnya untuk aktiviti kura-kura ini, teacher mintak mereka bawak sehelai kertas hijau dan Alhamdulillah, kerana rasa tanggungjawab itu, mereka bawak jugak, padahal teacher boleh je sediakan...hahahha...nakalkan teacher?hahahhaa.....















Tadaaa.... inilah hasil tangan kreatif pelajar 5 tahun.. Cantik kan! 😊


Bento Art