9 April 2021
Persediaan menyambut bulan ramadhan dan aktiviti mewarna.
.
.
Antara objektif aktiviti adalah untuk memastikan para pelajar mengetahui dan memahami perkara-perkara seperti berikut ;
1. Pengenalan Ibadah puasa
2. Maksud puasa
3. Niat Puasa - menggunakan lagu niat puasa oleh kumpulan nasyid Raihan (bagi memudahkan para pelajar menghafal niat puasa)
4. Doa berbuka puasa
5. Menerangkan ganjaran bagi orang yang berpuasa
6. Aktiviti tampal sticker pada kotak sedekah
.
.
Melalui aktiviti ini juga para pelajar lebih bersemangat menyambut bulan ramadhan dan menyemarakkan bulan yang mulia ini dengan menjalankan ibadah-ibadah yang diredhai Allah seperti berpuasa, bersedekah, berbuat kebaikan dan sebagainya.