Assalammualaikum dan selamat pagi....
Ok entry kali ni saya ceritakan serba sedikit mengenai 'Open Day' ataupun ' Hari Terbuka' Restu Kids yang akan bermula dari 10 Disember sehingga 16 Disember ini. Masa dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.00 petang.
Ada 3 kursus yang ditawarkan di sini iaitu Prasekolah Integrasi Islam, Kelas Intensif Fardu Ain dan Kursus Bermodul Kaligrafi. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi terus nombor yang tertera seperti di bawah dan sesiapa yang mendaftar pada hari terbuka ini ada sesuatu yang menanti anda. Jangan lepaskan peluang!.
Untuk makluman semua Restu Kids merupakan tadika islam yang berdaftar di bawah Jais
Wednesday, December 5, 2012
Tuesday, December 4, 2012
Restu Kids: Pementasan Teater 'Semut Haiwan Teladan'
Tamat sudah sesi persekolahan bagi tahun 2012. Banyak kenangan manis yang tak dapat dilupakan sepanjang saya dan juga guru-guru lain mengajar pelajar-pelajar Restu Kids. Ok tak nak cerita panjang lagi, jom layan gambar Majlis Akhir Tahun Restu Kids. Tajuk teater pada kali ni ialah teater 'Semut Haiwan Teladan' diadaptasikan dari kisah Nabi Sulaiman dan semut.
![]() |
| masa ni semua tengah bersiap sedia untuk pergi ke auditorium |
![]() |
| kumpulan tentera dan kumpulan nyanyian |
![]() |
| Pengerusi Yayasan Restu iaitu Datuk Abdul Latiff Mirasa berucap |
![]() |
| suasana sepanjang teater berlangsung |
![]() |
Monday, October 15, 2012
Tadika Restu Kids (bersantai dan bergambar di dalam Kompleks Taman Seni Selangor)
Exam week baru saja selesai, jadi kali ini kami bawa pelajar-pelajar bersantai di sekitar Kompleks Taman Seni Islam Selangor. Dulu semasa awal tahun mereka telah di bawa melawat di sekitar Kompleks Taman Seni Islam, tapi kali ini mereka kelihatan lebih seronok dan amat suka bila bergambar bersama kawan-kawan. Jadi kepada yang belum pernah sampai ke sini bolehlah meluangkan masa untuk datang melawat. Tempat ini di buka setiap Isnin hingga Ahad, waktu di buka pada pukul 9.30 hingga 5.00 petang. Jom kita layan gambar-gambar menarik dari pelajar-pelajar Restu Kids.
![]() |
| Melawat kolam ikan, kedai coklat Helwani Restu dan bergambar di Alkaf |
![]() |
| Bergambar bersama Al-Quran terbaru iaitu Al-Quran terjemahan perkata dan bergambar di dalam kedai coklat Helwani Restu |
![]() |
| hai seronoknya mereka bergambar :) |
![]() |
| Melawat di dalam galeri |
![]() |
| di dalam galeri juga |
Wednesday, October 10, 2012
PENDAFTARAN INTEGRASI PRASEKOLAH ISLAM MASIH LAGI DIBUKA
PENDAFTARAN UNTUK TAHUN 2013 MASIH LAGI DIBUKA.
DAFTARLAH ANAK ANDA DI RESTU KIDS SEKARANG !
Pendaftaran untuk
KEMASUKAN INTEGRASI PRASEKOLAH ISLAM 2013
Borang pendaftaran boleh didapati di Restu Kids, yang beralamat di :-
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
No. 2A Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No. 2A Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Thursday, September 20, 2012
Jamuan Hari Raya Restu Kids
Assalamualaikum...
Berakhir sudah bulan Syawal pada kali ini bermakna berakhir sudahlah kita sebagai umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Entry kali ini saya nak bercerita sedikit mengenai Jamuan Hari Raya Restu Kids. Jamuan raya ini telah disambut di rumah pengetua Restu Kids sendiri. Bermula pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 12.30 tengahari. Memang menjadi kelaziman di Restu Kids untuk mengadakan aktiviti "pot luck" pada setiap tahun. Setiap pelajar perlu membawa makanan dari rumah seperti mihun, rendang, nasi impit, kuih-muih dan lain-lain lagi.
Selepas selesai jamuan raya, segmen mari bercerita menyusul pula. Pelajar dari Kolej Restu telah menyampaikan sebuah cerita mengenai Nabi Ibrahim kepada pelajar Restu Kids. Sebelum pulang pelajar Restu Kids telah diberi dua sampul duit raya. Pertama daripada semua teacher dan yang kedua daripada pengetua Restu Kids.
Untuk entry ini pula, Restu Kids berhari raya bersama Yayasan Restu. Serba sedikit mengenai Yayasan Restu. Yayasan Restu merupakan salah satu syarikat yang mengeluarkan Al-Qur'an Mushaf Malaysia dan juga mengeluarkan produk yang berunsurkan islamik. Restu Kids merupakan salah satu anak syarikat di bawah naungan Yayasan Restu. Secara tidak langsung, segala aktiviti mahupun program yang dianjurkan oleh Yayasan Restu, Restu Kids pasti akan terlibat sama.
Tuesday, September 4, 2012
Lawatan sambil belajar ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pada 2.8.2012, Restu Kids telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Lawatan ini telah disertai oleh 23 orang pelajar dan diiringi oleh 6 orang guru. Lawatan kami ke sana bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.40 pagi.


Pelajar Restu Kids sangat bertuah kerana dapat bertemu dan belajar bersama Imam Masjid Negeri Shah Alam iaitu Sheikh Abdul Karim Omar. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar Restu Kids.



Subscribe to:
Posts (Atom)























