Thursday, January 10, 2013

Hari pertama di Restu Kids

Assalamualaikum...

Belum terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013. Semoga anda semua akan sentiasa memperkuatkan azam di tahun baru ini.

Entry kali ini mengenai hari pertama pelajar Restu Kids datang ke sekolah. Macam-macam perkara yang mencuit hati berlaku, ada yang menangis, ada yang happy dan ada yang excited. Pelbagai aktiviti telah disediakan pada hari itu, antaranya ialah 'pinata', mewarna dan mengira jelly. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan mereka gembira dengan aktiviti-aktiviti ini. Ok jom kita layan gambar-gambar mereka.




Friday, December 14, 2012

Jawatan Kosong


Islamic Kindergarten Teacher
*Immediate Vacancy*


Qualification:

* Diploma in education or any related field
* Good communication skill
* Ethusiastic, very patient and love children
* Hardworking and willing to learn
* Experience and teaching is an advantage

Please contact: 
Restu Kids Sdn. Bhd
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
No. 2A Persiaran Damai Seksyen 10
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-55119001/2/3 (Pn. Shila)
Blog: restukids.blogspot.com
Email: restukids_rk@yahoo.com

***Please submit your resume and other supporting documents

Wednesday, December 5, 2012

Open Day / Hari Terbuka Restu Kids (pendaftaran baru bagi sesi 2013)

Assalammualaikum dan selamat pagi....

Ok entry kali ni saya ceritakan serba sedikit mengenai 'Open Day' ataupun ' Hari Terbuka' Restu Kids yang akan bermula dari 10 Disember sehingga 16 Disember ini. Masa dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Ada 3 kursus yang ditawarkan di sini iaitu Prasekolah Integrasi Islam, Kelas Intensif Fardu Ain dan Kursus Bermodul Kaligrafi. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi terus nombor yang tertera seperti di bawah dan sesiapa yang mendaftar pada hari terbuka ini ada sesuatu yang menanti anda. Jangan lepaskan peluang!.

Untuk makluman semua Restu Kids merupakan tadika islam yang berdaftar di bawah Jais



Tuesday, December 4, 2012

Restu Kids: Pementasan Teater 'Semut Haiwan Teladan'

Tamat sudah sesi persekolahan bagi tahun 2012. Banyak kenangan manis yang tak dapat dilupakan sepanjang saya dan juga guru-guru lain mengajar pelajar-pelajar Restu Kids. Ok tak nak cerita panjang lagi, jom layan gambar Majlis Akhir Tahun Restu Kids. Tajuk teater pada kali ni ialah teater 'Semut Haiwan Teladan' diadaptasikan dari kisah Nabi Sulaiman dan semut.


masa ni semua tengah bersiap sedia untuk pergi ke auditorium

kumpulan tentera dan kumpulan nyanyian
                                             
Pengerusi Yayasan Restu iaitu Datuk Abdul Latiff Mirasa berucap 

suasana sepanjang teater berlangsung







Monday, October 15, 2012

Tadika Restu Kids (bersantai dan bergambar di dalam Kompleks Taman Seni Selangor)

Exam week baru saja selesai, jadi kali ini kami bawa pelajar-pelajar bersantai di sekitar Kompleks Taman Seni Islam Selangor. Dulu semasa awal tahun mereka telah di bawa melawat di sekitar Kompleks Taman Seni Islam, tapi kali ini mereka kelihatan lebih seronok dan amat suka bila bergambar bersama kawan-kawan. Jadi kepada yang belum pernah sampai ke sini bolehlah meluangkan masa untuk datang melawat. Tempat ini di buka setiap Isnin hingga Ahad, waktu di buka pada pukul 9.30 hingga 5.00 petang. Jom kita layan gambar-gambar menarik dari pelajar-pelajar Restu Kids.

Melawat kolam ikan, kedai coklat Helwani Restu dan bergambar di Alkaf
Bergambar bersama Al-Quran terbaru iaitu Al-Quran terjemahan perkata
dan bergambar di dalam kedai coklat Helwani Restu
hai seronoknya mereka bergambar :)
Melawat di dalam galeri
di dalam galeri juga

Wednesday, October 10, 2012

PENDAFTARAN INTEGRASI PRASEKOLAH ISLAM MASIH LAGI DIBUKA

PENDAFTARAN  UNTUK TAHUN 2013 MASIH LAGI DIBUKA. 
DAFTARLAH ANAK ANDA DI RESTU KIDS SEKARANG ! 

Pendaftaran untuk
KEMASUKAN INTEGRASI PRASEKOLAH ISLAM 2013
Borang pendaftaran boleh didapati di Restu Kids, yang beralamat di :-
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
No. 2A Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Bento Art