Saturday, March 8, 2014

SWIMMING LESSONS 2014

Swimming Lessons minggu pertama Restu Kids :)

 sebelum memulakan aktiviti, pelajar diberi penerangan oleh guru renang step by step.
Macam dah tak sabar je mereka ni nak ber'swimming'..

Mula-mula kenalah biasakan diri dengan air dahulu..
 Mengayuh kaki dalam air, menahan nafas dan berenang
Rayyan macam takut-takut je tu nak menyelam..huhu


 Cikgu menunjukkan cara berenang kapada adik Afif..
good luck Afif!

Pose menarik dari pelajar Restu Kids sementara menunggu sesi yang kedua pula.
Say PEACE!!!

 Aksi adik Faris & adik Arif..memaut kuat di leher cikgu..
berdebar-debarlah tuu.. Slow-slow ye..

 Seronok mereka ni bermain air di kolam khas untuk kanak-kanak sementara menunggu gilirin sesi kedua..
Sempat lagi bagi pose menarik..comel-comel semuanya.

 Hanya mampu tersenyum je pelajar berdua ni.. Tak nak mandi katanya..hihi..

Peace!! Kami nak balik dahhh....penat sudahh

Alhamdulillah..selesai sudah 'swimming lessons' untuk minggu pertama.
Nantikan pula untuk minggu yang seterusnya okey.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kami..Aamiin.


Monday, March 3, 2014

AKTIVITI KO-KURIKULUM

KOLAJ TIME!!! :)
Kolaj bermaksud mengoyak,menggunting & menampal...

Aktiviti dalam kumpulan.. Mari kita menampal bersama-sama kawan-kawan...

 
Peace!! dr Teacher Ily 

  
Macam cepat je siap kumpulan Teacher Faiqah ni..

Pelajar-pelajar Restu Kids memang suka bergambar.
sambil menampal..kita bergambarla 2,3 keping..hihi


 

 Bergambar bersama mentor sambil menunjukkan hasil kerja masing-masing.. Cantik tak kawan-kawan?

Selesailah sudah aktiviti membuat kolaj pada kali ini.. Jumpa lagi pada aktiviti ko-kurikulum pada bulan hadapan..!!





Friday, February 21, 2014

Kelas Tajwid Khusus Untuk Muslimah


Kelas Tajwid yang dianjurkan oleh Restu Kids akan bermula pada bulan Mac nanti. 
Khusus untuk muslimah sahaja. Jom ramai-ramai  kaum muslimah kita belajar dengan lebih 
mendalam lagi. Serius best sangat Ustazah Noranisah mengajar. Sangat terperinci dan rasa seronok.


Monday, February 3, 2014

Medical Checkup

Minggu lepas pelajar Restu Kids telah menjalani ujian pemeriksaan kesihatan..bukan main seronok lagi mereka..masing-masing tak sabar untuk diperiksa oleh doktor..untuk pengetahuan semua sesi pemeriksaan kesihatan akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali setiap tahun.

nurse memeriksa BP Afiq...

Doktor membuat pemeriksaan telinga Aqilie

Nurin takut-takut dengan doktor..hehe

Nurse ukur tinggi dan berat pula...

ok...kita tunggu aktiviti Restu Kids yang seterusnya pula...sesi persekolahan masih berjalan macam  biasa dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 1.00 petang...






Orientasi Pelajar Restu Kids Tahun 2014

Selamat datang pelajar Restu Kids 2014
Orientasi untuk hari yang pertama....senamrobik!!!

Tarik nafas...hembus nafas...fuhhhhh

cekak pinggang dan tolak badan ke belakang...

Orientasi untuk hari yang kedua...bermain 'playdough'

bentuk apa faris husni buat tu..hehe..

semasa hari orientasi semuanya berjalan dengan lancar...para pelajar semuanya seronok datang ke sekolah.








Bento Art