Friday, September 29, 2017

Year End Exam 2017

Good luck Restu Kids.
Strive hard, pray harder.

Pendaftaran Sesi 2018


Sesi Fotografi 2017

Sesi fotografi Restu Kids telah diadakan pada 18 September yang lalu. 

Istimewanya di Restu Kids, semua pelajar berpeluang bergambar dengan jubah konvokasi yang ditempah khas.

Sesi fotografi bermula seawal jam 9 pagi. 

Ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan gambar graduasi akan dimaklumkan oleh pihak sekolah dalam masa terdekat. 


Thursday, August 10, 2017

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60








 Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !



Pada 8 Ogos yang lalu, telah diadakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-60 di Restu Kids. Sambutan diserikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik.


Antara aktiviti yang diadakan seperti nyanyian lagu-lagu patriotik, perarakan Hari Kebangsaan, persembahan puisi melayu dan acara kemuncak iaitu, "Merdeka Costume" fashion show.

Pelbagai gelagat menarik dan mencuit hati para pelajar sempat dirakamkan oleh jurugambar kami. Acara tahunan ini diadakan bagi melahirkan anak bangsa yang berjiwa patriotik, cinta akan negara dan memahami nikmat lahir dibumi merdeka dan bertuah, Malaysia.

Kami bangga menjadi Anak Malaysia !





Saturday, July 29, 2017

Topic: Pelajar RK berjaya ke SRAI.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar 6 tahun Restu Kids yang telah berjaya mendapat tempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI). 

Kepada yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada kami, memberikan sepenuh kepercayaan untuk kami mendidik anak-anak hebat ini jutaan terima kasih kami ucapkan.

Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang telah berusaha sedaya upaya tetapi Allah telah menetapkan rezeki anak-anak di tempat lain, jangan putus asa. Perjuangan anak-anak baru sahaja bermula. Jadikan ia pembakar semangat untuk terus berusaha di masa hadapan.



Tuesday, July 25, 2017

Sambutan Hari Raya Restu Kids 2017

Alhamdulillah ala kulli hal
Pada 14 Julai yang lalu telah diadakan jamuan raya bersama-sama dengan para pelajar Restu Kids.
Majlis berkonsep "potluck" ini diserikan dengan kehadiran ibubapa.
Terima Kasih diatas kesudian ibu bapa menyumbangkan makanan untuk dikongsi bersama anak-anak lain.
Selamat Hari Raya
(27 Syawal 1438 H)


















Bento Art