Saturday, August 21, 2021

Fun Science Activity (Eksperimen Ais)

HARI : Khamis

TARIKH : 15 Julai 2021

MASA : 9.00pagi – 11.00pagi

TUNJANG :    

(SA 2.4.2) Membuat andaian yang munasabah berdasarkan  pemerhatian

(SA 2.5.2) Membuat ramalan apa yang akan berlaku  berdasarkan aktiviti 

(SA 2.6.2) Menerangkan pemerhatian melalui hasil kerja atau lisan

(SA 4.1.2) Memerihalkan proses perubahan keadaan air: 

(i) daripada air kepada ais dan sebaliknya


BAHAN/PERALATAN:

1. Plastik zip kecil

2. Plastik berzip yang besar

3. Kotak air kecil berperisa

4. Satu peket garam kasar

5. Satu plastik ketulan ais

6. Surat khabar lama (jika ada)

7. Tuala besar atau kain pembalut

8. Cawan kosong

SUDUT PEMERHATIAN : Diatas meja pelajar sendiri


HASIL PEMBELAJARAN :

1.    Pelajar dapat melihat perubahan jisim daripada air menjadi ais 

2    Pelajar dapat mengetahui cara menghasilkan aiskrim 

3.   Pelajar dapat membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku 















Wednesday, August 18, 2021

Kisah di sebalik Hari Raya Qurban

 

Objektif:

-Pelajar dapat mengetahui peristiwa yang berlaku pada bulan Zulhijjah.

-Pelajar dapat mengetahui kisah Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya Nabi Ismail.

 

Aktiviti:

-Menyanyi lagu bulan-bulan Islam.

-Guru menceritakan kisah Nabi Ibrahim yang patuh kepada perintah Allah untuk menyembelih anaknya sendiri.  Pengorbanan Nabi Ibrahim sangat hebat dan Allah telah menukarkan sembelihan anaknya dengan seekor kibas.  Anaknya selamat daripada disembelih.

-Aktiviti melukis haiwan qurban iatu lembu.




Guru sedang menceritakan Kisah Nabi Ibrahim dan anaknya




Aktiviti melukis lembu qurban




Tuesday, August 17, 2021

Kelas Hafazan secara atas talian

Berikut adalah pelajar yang telah berjaya menghafaz doa harian, surah lazim dan hadith ringkas seperti yang telah dijadualkan sepanjang bulan Jun – Julai 2021. Tahniah kepada semua!



Senarai doa, surah dan hadith yang telah dihafal:

1.Doa Harian:

2.Doa bangun tidur

3.Doa naik kenderaan

4.Surah Al-Kauthar

5.Surah al-Nasr

6.Hadith 1: Tiang agama

7.Hadith 2: Ulamak pewaris nabi

8. Hadith 3: Kata-kata yang baik


Antara video pelajar yang telah menghafaz Hadith ketiga







Wednesday, August 11, 2021

Sambutan Hari Raya Restu Kids Secara Virtual

Tarikh: 31 Mei 2021

Hari: Isnin


Antara pengisian sambutan hari raya adalah seperti berikut;

1. Assembly

2. Tazkirah Raya

3. Video dan ucapan raya

4. Sesi mempamerkan baju raya dan kad raya pelajar

5. Jamuan raya

 










Thursday, June 3, 2021

Aktiviti Menyambut Bulan Ramadhan 2021

 

9 April 2021

Persediaan menyambut bulan ramadhan dan aktiviti mewarna.

.

.

Antara objektif aktiviti adalah untuk memastikan para pelajar mengetahui dan memahami perkara-perkara seperti berikut ;

    1. Pengenalan Ibadah puasa

    2. Maksud puasa

    3. Niat Puasa - menggunakan lagu niat puasa oleh kumpulan nasyid Raihan (bagi memudahkan para         pelajar menghafal niat puasa)

    4. Doa berbuka puasa

    5. Menerangkan ganjaran bagi orang yang berpuasa

    6. Aktiviti tampal sticker pada kotak sedekah

.

.

Melalui aktiviti ini juga para pelajar lebih bersemangat menyambut bulan ramadhan dan menyemarakkan bulan yang mulia ini dengan menjalankan ibadah-ibadah yang diredhai Allah seperti berpuasa, bersedekah, berbuat kebaikan dan sebagainya.
























Indoor Game Restu Kids

 

20 Mac 2021

Aktiviti indoor games bersama anak-anak Restu Kids.

.

.

Objektif aktiviti adalah untuk menguatkan motor kasar para pelajar selain dari pembelajaran dalam kelas.

.

.

Para pelajar juga bertambah seronok dapat menjalankan aktiviti fizikal bersama kawan-kawan dan dapat memupuk semangat setiakawan dalam pasukan.


















Program Mari Sayangi Gigi


12 Mac 2021

Program Mari Sayangi Gigi bersama anak-anak Restu Kids.

.

.

Objektif aktiviti adalah untuk menggalakkan kanak-kanak menjaga kerbersihan gigi mereka dan mengetahui manfaat serta kebaikan menggosok gigi. 

.

.

Disamping itu, kanak-kanak juga dapat mengetahui akan pengambilan makanan-makanan yang sihat dapat membantu mereka mendapatkan gigi yang sihat dan cantik.






 

Bento Art