Tuesday, July 24, 2012

Program Usrah Mahabbah


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya belum terlambat lagi untuk Restu Kids mengucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. Semoga Ramdhan kali ini akan lebih memberi makna dalam hidup dan menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Insya-Allah.

Pada 30 Jun 2012, Program Usrah Mahabbah (Hari Kad Laporan Pelajar) telah dijalankan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Nyanyian lagu "Demi Matahari"
Persembahan Surah As-Syams
Berkeyakinan......Umar dan Iskandar membaca Surah As-SyamsSesi perjumpaan antara guru dan ibu-bapa

Wednesday, June 27, 2012

Usrah Mahabbah

Assalammualaikum...

Pada 30 Jun ini (Sabtu), Restu Kids akan mengadakan Hari Kad Laporan pelajar. Program ini diberi nama Usrah Mahabbah. Semua ibu bapa akan hadir untuk mengambil kad laporan anak masing-masing. Ada sedikit kelainan berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada hari tersebut pelajar Restu Kids akan membuat persembahan dan seterusnya barulah sesi pengambilan kad laporan pelajar . Program yang akan berlangsung selama 3 jam ini diharapkan akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pihak pengurusan Restu Kids dan ibu bapa. Harapan kami semoga ibubapa menyokong dan memberi kerjasama di atas usaha yang kami laksanakan ini, dan semoga dipermudahkan segala urusan kami...

Monday, May 28, 2012

PENDAFTARAN SESI BARU 2013 KINI DIBUKA!


Assalamualaikum...

Dengan sukacitanya Restu Kids ingin memaklumkan bahawa PENDAFTARAN BARU BAGI TAHUN 2013 kini telah dibuka.

RESTU KIDS
  • Restu Kids menerima pendaftaran pelajar yang berumur antara 5 & 6 tahun.
  • Restu Kids merupakan PRASEKOLAH INTEGRASI ISLAM.
  • Kurikulum pendidikan yang merangkumi kurikulum Kebangsaan & Dinniyyah.
  • Aktiviti kurikulum yang menarik.
  • Membentuk perkembangan anak-anak yang aktif, dinamik, kreatif, dan inovatif pada penghayatan ilmu Al-Qur'an dan kemajuan sains serta teknologi.
:- Guru-guru kami terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan dan berpengalaman.
:- Suasana pembelajaran yang bersih, berhawa dingin dan selamat untuk anak-anak.

Sila hubungi kami sekiranya ingin mendapatkan maklumat mengenai Restu kids secara terperinci. Terima kasih.

Restu Kids. Kompleks Taman Seni Islam Selangor.
No.2A Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor.
No Tel: 03-5511 9001/2/3

DAFTAR SEGERA!




Friday, May 18, 2012

Jemputan: Ceramah oleh Ustaz Don Daniyal


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Jemputan menghadiri ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal

Tempat: Auditorium, Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam.
Tarikh : 07 Jun 2012, Khamis
Masa : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi

Moga dengan kehadiran jemaah yang ramai bagi memeriahkan majlis akan dibayar dengan rahmat dan balasan dari Allah s.w.t

Bento Art