Wednesday, September 3, 2014

PENDAFTARAN 2015

HARI TERBUKA RESTU KIDS - PRA SEKOLAH INTEGRASI ISLAM


Pendaftaran di buka bagi sesi 2015.
Tarikh dan waktu adalah seperti berikut :

Tarikh : 18-21 September 2014
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Puan Shila, 013-395 0756 / 03-5511 9001

PERTANDINGAN HAFAZAN 2014/1435H


Mari menghafal Al-Quran!! Adik-adik yang berumur 7-12 tahun adalah dialu-alukan untuk menyertai pertandingan hafazan yang akan dianjurkan pada: 
Saringan : 13 September 2014 (Sabtu)
Surah hafazan : 
Kategori A > Tadika (5-6 tahun) : Surah An-Nass, Surah Al-Ikhlas, Surah An-Nasr, Surah Al-Kafirun, Surah Al-Falaq, Surah Al-Masad dan Surah Al-Quraysh.

Kategori B > Sekolah Rendah Tahap 1 (7-9 tahun) : Surah At-Tin, Surah Al-Fill, Surah Al-Sharh, Surah Al-Ma'un, Surah Al-Humazah, Surah Al-Qari'ah dan Surah Al-Takathur.

Kategori C > Sekolah Rendah Tahap 2 (10-12 tahun) : Surah Al-Layl, Surah Al-Fajr, Surah Al-Ghashiyah, Surah Al-Balad dan Surah Al-Buruj.

Daftarlah segera dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cikgu Jamaliah di talian 011-16327958 / 03-55119001

Nabi S.A.W bersabda, maksudnya: 
"Sesiapa membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini".
(Hadith Riwayat Ahmad dan Abu Daud) 

Friday, August 29, 2014

SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE-57

Selamat menyambut hari Kemerdekaan yang ke-57 tahun buat semua warga Malaysia...

MALAYSIA... Di sini lahirnya sebuah cinta.


Tuesday, August 19, 2014

MAJLIS JALINAN KASIH AIDILFITRI


MAJLIS JALINAN KASIH AIDILFITRI
Khas untuk bekas pelajar & ahli kelab Restu Kids 2006-2014
 
Majlis yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi ini bukanlah semata-mata untuk jamuan aidilfitri sahaja tetapi juga untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara bekas pelajar, ahli kelab Restu Kids, ibubapa & juga guru-guru Restu Kids. Semoga dengan berlangsungnya majlis ini nanti dapat memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.





Thursday, July 17, 2014

KAD RAYA GERGASI 2014

Assalamualaikum w.r.t. Kali ini Restu Kids telah membuat kad raya yang diberi nama sebagai 'Kad Raya Gergasi' sebagai aktiviti bulanan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan. Jom kita lihat hasil daripada kerjasama mereka di dalam kumpulan.

Hasil kerjasama dari kumpulan Teacher Dilla. Siap ada bunga matahari lagi tau..

 Hasil kad raya dari kumpulan Teacher Ikah. Besarnya ketupat..

Ini pula hasil kad raya dari kumpulan Teacher Jamaliah.

 Hasil  kerjasama dari kumpulan Teacher Shila.. Banyak ketupatnya tu..meriah!

 Ini pula dari kumpulan Teacher Yan..

Ini dia hasil kad raya gergasi dari kumpulan Teacher Yati.





 Kreatif tak mereka ni?? Semua cantik-cantik..


Saturday, July 12, 2014

AMALI WUDHU'

CARA BERWUDHU':
 
 Sebelum membuat sesuatu, disunatkan membaca 'BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM'.
Dimulakan dengan mencuci tangan, berkumur-kumur dan mencuci hidung.
 Kemudian barulah kita berniat untuk mengambil wudhu' dan membasuh muka sebanyak 3 kali.
Disusuli pula dengan membasuh tangan hingga siku. Dimulai dengan tangan kanan kemudian tangan kiri sebanyak 3 kali,
meratakan air ke kepala sebanyak 3 kali,
membasuh kedua belah telinga sebanyak 3 kali yang dimulai dengan telinga kanan kemudian kiri
dan yang terakhir, membasuh kaki hingga buku lali sebanyak 3 kali yang dimulai dengan kaki kanan kemudian kaki kiri...



 





Dan disudahi dengan doa selepas wudhu'..


Pelajar-pelajar Restu Kids diajar bagaimana untuk mengambil wudhu' dengan cara yang betul.

Friday, July 4, 2014

LATIHAN BERPUASA :)

 Salam Ramadhan buat semua muslimin & muslimat. Sudah masuk hari yang ke 6 umat Islam menunaikan ibadah puasa. Semoga Ramadhan pada tahun ini akan lebih bermakna buat kita semua.
 Pelajar-pelajar di Restu Kids juga tidak ketinggalan dalam menunaikan ibadah puasa. Seperti biasa, di bulan Ramadhan kami melatih pelajar-pelajar untuk berpuasa setengah hari. Sesi persekolahan juga dipendekkan iaitu setiap Isnin-Khamis, 8.30pagi - 12.00t.hari. Manakala hari Jumaat adalah pada pukul 8.30pagi - 11.30pagi.

 


Kekal cergas & aktif walaupun berpuasa.
 
Disebabkan oleh latihan berpuasa, pelajar-pelajar dibekalkan dengan makanan sebagai menu untuk berbuka.

Antara menu makanan yang berkhasiat yang disediakan...

Beginilah rutin pelajar setiap hari. Mereka sentiasa bersemangat & aktif sewaktu di sekolah. Semasa belajar, jarang sekali untuk mendengar anak-anak kecil ini merungut lapar atau dahaga.


Inilah saat yang dinanti-nantikan.... Beratur mengambil juadah untuk berbuka nanti.

Alhamdulillah.... Semoga Allah jadikan anak-anak didik kami muslimin & muslimat yang sejati yang berpegang teguh pada ajaran agama (Islam). InsyaAllah. Aamiin.








Bento Art