Tuesday, October 21, 2014

Story Telling: Kisah Para Nabi

Assalammualaikum wrt wbt

Bersyukur kita selepas meniti hari demi hari silih berganti menghadap pelbagai tugasan dugaan dan masalah namun kita masih diberi peluang oleh Allah tuhan penguasa alam semesta suatu benda yang kita tidak dapat jual beli iaitu HARI. Tahukah anda hari itu adalah modal kita di dunia ini? Hari itu adalah peluang yang Allah masih beri untuk kita mencari keuntungan amalan baik yang kita buat. Itu lah nikmat kehidupan kita yang masih menjadi peluang pada kita.

Sedar atau tidak kita semakin hari semakin kekurangan modal dari segi hari kerana lumrah alam telah menetapkan bahawa semakin jauh kita menjalani setiap hari semakin kita mendekati kepada kematian. Bila kita mendekati kematian tamatlah segala peluang yang Allah berikan. Kita bakal melangkah ke alam yang sangat asing bagi kita. Asing dari segi waktu, perjalanan dan konsep. Allahuallam. Siapakah kawan kita pada waktu itu? Apakah nikmat kubur kita pada waktu itu? Semua bergantung kepada modal hari yang Allah berikan kepada kita sama ada kita menggunakan dengan baik atau tidak. Di harapkah hari terbuang dengan segala amalan baik yang tidak terkira hendaknya.

Hari ini Restu Kids mendapat kesempatan yang di berikan Allah bagi menjalankan aktiviti 'Story Telling' atau lebih senang di kenali sebagai aktiviti bercerita. Aktiviti ini di jayakan oleh guru guru Restu Kids sendiri mengikut kelas masing masing. Pelbagai kisah para nabi di ceritakan oleh para guru kepada anak anak Restu Kids.. ternyata mereka sangat teruja untuk mengetahui kisah para nabi tersebut.
Aktiviti ini adalah satu riadah ilmu untuk anak Restu Kids yang telah tamat penilaian tadika pada minggu lepas.Di bawah terdapat beberapa gambar-gambar yang dapat di rakam semasa sesi bercerita di jalankan.
















Itu sahaja yang dapat di paparkan. Harap semua ibu bapa,guru-guru serta anak-anak Restu Kids gembira mendengar cerita para nabi yang di ceritakan.

Wasalam.

Monday, October 13, 2014

Ibadah Qurban Yayasan Restu

Assalammualaikum wrt wbt

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w

Alhamdullilah
Subhanallah
Allahuakbar

Allah Maha Kuasa ,Allah Maha Penyayang.Tiada siapa yang mampu melebihi sifat penyayangnya Allah.Jika seorang ibu amat sayang kepada anaknya,maka sifat penyayang seorang ibu tidak akan dapat mengatasi sifat Maha Penyayangnya Allah.Sifat penyayang Allah lebih hebat dari sifat kasih sayang ibu kepada anaknya.Lebih hebat dari kasih sayang seorang pencinta kepada kekasih hatinya.Tanda-tanda kasih sayang Allah itu ada di segenap alam. Siapakah kita untuk menilai Allah.

Malukah kita kepada Allah jika setiap kehendak Allah kita tidak turutkan,,
Bersyukurkah kita?

Allahu..



Setelah Allah memberikan kita pelbagai nikmat yang sangat luas sehingga kita terkadang lupa kepada Allah, Allah tambahkan lagi nikmat dengan memberi perayaan kepada semua umat islam..
Perayaan yang sangat besar nilainya..Ada dua perayaan yang sangat besar untuk diraikan oleh semua umat islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.  Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.




Kami di Restu Kids tidak ketinggalan turut serta bersama staf Yayasan Restu menyertai ibadah korban yang berlangsung di Kuang, Selangor pada hari Rabu, 8 October 2014. Semua staf dibahagikan tugas masing masing antaranya memotong, melapah, menyembelih, menimbang, memasak dan sebagainya. Semua pihak menjalankan tanggungjawab 
masing- masing sebelum dihidangkan makanan yang sangat lazat antaranya, Ungkep daging,nasi daging, sup tulang, daging goreng, kari kambing, daging masak lada hitam, daging panggang dan banyak lagi. Semua menjamu selera dengan gembira sekali setelah berpenat lelah sehingga waktu zohor. 







Sebelum majlis bermula, semua staff bertakbir memuji Tuhan penguasa alam dan mendengar ucapan daripada pengerusi Yayasan Restu Dato' Abdul Latiff bin Mirasa. Majlis sempurna pada jam 4.00 petang selepas bergotong-royong membersihkan segala perkakas, alatan dan tempat digunakan. 

Kami di Restu Kids berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang bersama turut serta dalam Majlis Qurban Yayasan Restu ini. Diharap majlis ini dapat diadakan lagi setiap tahun. Terima Kasih atas semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Berjumpa lagi kita pada tahun hadapan.

Wasalam




Friday, October 10, 2014

Pendaftaran ke Restu Kids tahun 2015

Assalammualaikum wrt wbt

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi maha penyayang
Selawat dan salam keatas Nabi Muhammad s.a.w

Alhamdullilah
Alhamdullilah
Alhamdullilah Syukur kepada Allah tuhan sekalian alam.
Restu Kids kini semakin meniti-niti di bibir ibu bapa.
Kini, semakin ramai anak-anak yang berjaya di Restu Kids dengan bantuan guru guru yang berusaha keras bagi membangunkan Restu Kids agar dapat menjadi tempat pendidikan prasekolah integrasi Islam yang di sukai ramai. Anak-anak di sini bukan sahaja dididik dengan pendidikan duniawi yang menjadi kehendak masyarakat kini tetapi juga di didik dengan pendidikan akhirat yang tidak dapat di jual beli ilmunya. 
Setiap pelajar dididik agar mempunyai akhlak yang baik dan dapat dicontohi oleh orang lain seperti akhlak Nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad s.a.w

Kini, tahun 2014 akan melabuhkan tirai. Pelajar Restu Kids kini semakin menghampiri minggu peperiksaan. Pelbagai kaedah yang dilakukan oleh para guru agar pelajar Restu Kids dapat mengakhiri peperiksaan tahun ini dengan cemerlang. Ulangkaji dengan pelajar juga giat dijalankan. Namun, usaha kami para guru tidak hanya bernoktah disini, pengambilan untuk tahun 2015 kini sudah dibuka untuk para ibu bapa mendaftarkan anak-anak yang berumur 5-6 tahun di Restu Kids. Berikut adalah poster pengambilan dan sedikit maklumat berkaitan.




Disini di sediakan juga beberapa maklumat tambahan untuk semua pembaca blog Restu Kids.

Waktu Persekolahan:
Isnin-Khamis (8.30pg-1.00ptg)
Jumaat (8.30pg-11.30pg)

Bertempat di Kompleks Taman Kesenian Islam Selangor,Sekyen 10,Shah Alam
Dibuka untuk pendaftaran berumur 5-6 Tahun
Makanan disediakan 2 kali sehari:
Sarapan Pagi
Makan Tengahari

Subjek yang ditawarkan:
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Pendidikan Islam (Feqah/Tauhid/Akhlak/Sirah)
Bahasa Arab
Hafazan (Hadis/Surah Lazim)
Jawi
Iqra'
ICT(Komputer)
Art and Craft

-Praktikal Solat
-Pendidikan Jasmani


Jadi sudi kiranya ibubapa war-warkan berita ini agar semua pihak dapat berkongsi maklumat tentang Restu Kids kepada semua pihak.
Jika terdapat sebarang pertanyaan dan persoalan yang bermain di dalam fikiran boleh menghubungi kami atau kunjungi kami di Kompleks Taman Kesenian Islam Selangor, kami akan menyelesaikan persoalan anda dengan sebaik baiknya.

Boleh juga pembaca like atau hubungi kami di page facebook Restu Kids untuk maklumat lanjut.

Akhir kata, semoga Allah memberikan kita jodoh agar kita dapat bertemu dan meluangkan sedikit masa. InsyaAllah.

Wasalam

Wednesday, September 24, 2014

Pertandingan Hafazan Sempena Malaysia Islamic Arts & Tourism Souq (MIATS) 2014

Malaysia Islamic Arts & Tourism Souq (MIATS) 2014 yang berlansung sepanjang 18-21 September 2014 telah pun melabuhkan tirai. Alhamdulillah pertandingan hafazan peringkat akhir pada 20 September 2014 telah pun berjalan dengan lancar. Majlis penyampaian hadiah turut diadakan pada hari yang sama, Terima kasih kepada Puan Noorul Asyikin selaku Pengurus Besar Tourism Selangor Sdn Bhd kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua ibu bapa yang memberi sokongan kepada anak-anak  dan juga tahniah kepada anak-anak yang berani untuk mencuba menyertai pertandingan hafazan ini. Kepada yang berjaya sekalung tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya jangan berputus asa dan teruskan mencuba lagi. Sehingga kita berjumpa lagi di tahun hadapan.

* PERTANDINGAN HAFAZAN PERINGKAT AKHIR










* MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH







* SENARAI PEMENANG  MENGIKUT KATEGORI

Kategori A ( Tadika 5-6 tahun)

Lelaki
Tempat pertama:   Nik Zafran Muhaimin Bin Nik Mahmood
Tempat kedua:      Muhammad Aqil Hatta Bin Mohd Zaid
Tempat ketiga:      Mohamed Dimitri Hanif Bin Razali
Saguhati:               Muhammad Izzuddin Bin Muhammad Yunus
Saguhati:               Sofyan Darwish Bin Zainal

Perempuan
Tempat pertama:   Nurul Mizana Binti Yuslan
Tempat kedua:      Nur Marissa Binti Zuari
Tempat ketiga:      Nik Fatimahtuz Zahrah Binti Mohd Arsad
Saguhati:               Nur Alisha Safiya Binti Mohd Hasrol
Saguhati:               Nurul Farihin Binti Mohd Hafiz



Kategori B ( Tahap Satu 7-9 tahun)

Lelaki
Tempat pertama:   Abdul Hadi Bin Abdul Hallid
Tempat kedua:      Mu'az Bin Abdul Jalil
Tempat ketiga:      Asiem Nasharuddin
Saguhati:               Amier Hakim Adny Bin Mohd Arhandi
Saguhati:               Ahmad Ariff Ainuddin Bin Shahrul Azham

Perempuan
Tempat pertama:   Nur Saleha Binti Ahmad
Tempat kedua:      Saidatul Khadijah Binti Abdul Rahman
Tempat ketiga:      Nur Balqis Binti Mohd Alim
Saguhati:               Nur Sharmeen Batrisya Binti Suffian
Saguhati:               Jalielah Najlaa' Binti Johaibi


Kategori C ( Tahap Satu 10-12 tahun)

Perempuan
Tempat pertama:   Nur Syabila Binti Mohamad Fairos
Tempat kedua:      Puteri Nur Khairunnisa Binti Megat Aminul Rahim
Tempat ketiga:      Nur Najwa Madihah Binti Abdul Jalil
Saguhati:               Naurotun Nabihah Binti Hisamuddin
Saguhati:               Nurul Aqilah Binti Roslan

Lelaki
Tempat pertama:   Abdul Hadi Bin Haris
Tempat kedua:      Ahmad Syukri Bin Nor Azmi
Tempat ketiga:      Mohamad Aqil Khair Bin Mohamad Fairos
Saguhati:               Muhammad Uwais Bin Shafee
Saguhati:               Muhammad Danial Asraf Bin Halim






Friday, September 19, 2014

MAJLIS JALINAN KASIH AIDILFITRI

Assalamualaikum wrt...

Pada 30 Ogos 2014, Restu Kids telah melangsungkan Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri bagi meraikan bekas pelajar & ahli Kelab Restu Kids 2006-2014. Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah gigih membuat persiapan & menjayakan program... Kami juga terharu di atas sokongan ibubapa yang sudi datang walaupun anak-anak mereka telah lama tamat belajar di Restu Kids & membolehkan kami mengumpul pelajar-pelajar lama... Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat kami rakamkan untuk tontonan semua...



Di belakang tabir.... penyediaan makanan oleh staf Restu Kids & Restu Cafe...



Candy Booth



Ruang makan


Ucapan aluan oleh Teacher Fardilla





Sesi menukar hadiah diantara pelajar, bekas pelajar & ahli kelab Restu Kids.


Bergambar kenangan bersama guru, ibubapa & pelajar Restu Kids di hadapan lobi Yayasan Restu sebelum menjamu selera...



Menjamu selera & menikmati hidangan yang disediakan...



Sesi cabutan bertuah...selingan sambil jemputan menjamu selera.





Photo Booth yang kami sediakan untuk jemputan merakamkan kenangan bersama ahli keluarga & kenalan.

Kami keluarga Restu Kids memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan semasa majlis berlangsung. Pelbagai program menarik akan kami laksanakan lagi pada tahun akan datang. Kepada ibubapa/penjaga, teruskan dengan sokongan anda kepada Restu Kids. Diharapkan dengan berlangsungnya program seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara ibubapa & guru begitu juga pelajar & bekar pelajar Restu Kids.
Terima kasih kami ucapkan...

Thursday, September 18, 2014

HARI TERBUKA RESTU KIDS

Jom ramai-ramai datang ke Restu Kids, bermula hari ini sehingga Ahad Restu Kids
mengadakan 'Hari Terbuka'. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan, jadi jangan lepaskan peluang. 













Hari Terbuka Restu kids berlansung serentak dengan Malaysia Islamik Arts & Tourism,  banyak booth yang boleh dilawati. Jangan lupa 18 sehingga 21 September sahaja, 
mari ramai-ramai datang. Jom kita layan gambar.























Bento Art