Saturday, January 31, 2015

Pemeriksaan Kesihatan Pelajar Restu Kids 2015

Assalamualaikum wrt wbt
Pada 28 Januari 2015, pihak sekolah telah mengadakan pemeriksaan kesihatan untuk  pelajar Restu Kids 2015.
Pemeriksaan kesihatan ini adalah salah satu program tahunan Restu Kids bagi mendapatkan tahap kesihatan para pelajar.

Doktor yang membuat pemeriksaan adalah Dr. Mohd Nasarudin Che Fa daripada Klinik Medi Pesona, Seksyen 9 Shah Alam. Antara anggota badan yang diperiksa ialah bahagian kulit, mulut, kepala serta leher, jantung, pernafasan dan Musculosketal/Neurological para pelajar.


Pemeriksaan untuk nose/throat/mouth.

Memeriksa degupan jantung.

Pemeriksaan Musculosketal/Neurological. 


Memeriksa tekanan darah.

Pemeriksaan suhu badan.


Kelihatan para pelajar bersemangat ingin mengetahui berat masing-masing.


Di bahagian luar, sekumpulan pelajar masih sempat membaca buku sementara menunggu nama mereka dipanggil. Well done Restu Kids!

Suasana ceria pelajar 6 tahun yang telah mempunyai pengalaman pada tahun lepas. Senyum dan tenang menunggu giliran.
Semoga kita berjumpa lagi pada tahun akan datang. InshaAllah.

Wasalam

Friday, January 23, 2015

Amali Wudhu Restu Kids 2015

Assalammualaikum wrt wbt

Pada hari Rabu yang lepas, tanggal 21 Januari 2015, para pelajar Restu Kids telah menjalankan aktiviti amali wudhu' di surau Ahl Kisa, Kompleks Taman Kesenian Islam Selangor. Aktiviti yang dipimpin oleh Teacher Jamaliah telah membuahkan hasil apabila para pelajar Restu Kids telah mendapatkan manfaat daripada aktiviti yang dijalankan. 












Amali Wudhu yang telah diadakan ini bertujuan untuk mendidik para pelajar Restu Kids bagi memahami konsep berwudhu' dengan lebih mendalam. Melalui kaedah praktikal, pelajar dapat memahami dan mengingati setiap turutan wudhu' dengan tertib. Selari dengan konsep tadika Islam, pelajar-pelajar akan menjalankan rutin solat setiap hari Isnin sehingga Jumaat.

Sungguhpun aktiviti ini nampak mudah namun mendidik seseorang untuk berwudhu' supaya mendapat keredhaan Allah amat susah kerana belum tentu seseorang yang telah meningkat dewasa mendapat wudhu' yang sempurna disisi Allah s.w.t

“Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam menurut pembuluh darah.” 
 Muttafaq alayh
[Riwayat Bukhari & Muslim]
Seperti yang kita semua sedia maklum, ketika berwudhu manusia akan diganggu oleh syaitan yang bernama Walhan. Syaitan ini akan menghampiri anak adam semasa mereka berwudhu dan syaitan akan menimbulkan perasaan was-was kepada anak adam sehingga mereka mengingati perkara lain, berbual-bual ketika berwudhu' dan yang paling teruk ialah mereka akan akan membuatkan kita lupa untuk membasuh anggota wajib ketika berwudhu.

 Apakah Wudhu?

Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.


Hikmah Wudhu?

Hikmah berwudhu’ ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin.


Fardu Wudhu?

1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka. Niat wudu’ adalah seperti berikut:


Maksudnya:

“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.

atau


Maksudnya:

“Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.




2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.


3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuh hujung anggota yang ada.


4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada di dalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala.


5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.
 6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur.


Syarat-Syarat Berwudhu?


Syarat Wajib Wudhu’
1. Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi.
5. Berlakunya hadath.
6. Suci daripada haidh dan nifas.
7. Kesempitan waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.


Syarat Sah Wudhu’
1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.
2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’.
3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya.
4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas.
Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhu’ mengikut ulama’ mazhab Syafi‘i, iaitu:
1. Islam.
2. Mumayyiz.
3. Suci daripada haidh dan nifas.
4. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.
5. Mengetahui kefardhuan wudhu’.
6. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat.
7. Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu’.
8. Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air.
9. Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu.
10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’.
11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan.
12. Muwalat, iaitu berturutan.


Sunat Wudhu?


Perkara sunat ketika berwudhu’ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:
1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz 


2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.

3. Berkumur-kumur.

4. Memasukkan air ke dalam hidung.
5. Menyapu seluruh kepala.
6. Menyapu dua telinga.
7. Menyelati janggut yang tebal.
8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.
9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.
10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.
11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.
12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.
13. Menggosok anggota wudhu’ supaya lebih bersih.
14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.
15. Menghadap qiblat.
16. Membaca doa selepas berwudhu’, iaitu:


Maksudnya:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih.”




Perkara yang membatalkan Wudhu?


1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar mani diwajibkan mandi.
2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papan punggung ke tempat duduk.
3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal, seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram) walaupun telah mati.
5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun kemaluan sendiri.
6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.


Semoga apa yang dikongsikan di sini memberi manfaat kepada semua manusia sama ada pelajar Restu Kids dan semua penggunjung blog Restu Kids.

Semua pengisian disini dirujuk dan diambil isi kandungannya daripada Wudhu dan Anggota yang perlu diketahui semasa berwudhu. Mohon segala kemaafan atas segala kesilapan.

Jika berminat boleh ke laman rasmi page Facebook kami, Restu Kids.

Wasalam.











Monday, January 19, 2015

Minggu Orientasi Restu Kids 2015

Assalammualaikum wrt wbt

Pada 13 Januari hingga 16 Januari 2015,  telahpun diadakan Hari Orientasi untuk pelajar.  Hari Orientasi ini bertujuan untuk mendidik para pelajar tentang displin, peraturan serta keadaan persekitaran Restu Kids agar mereka lebih memahami konsep yang ingin diketengahkan oleh Restu Kids.


Inilah wajah anak-anak yang belajar di Restu Kids bagi sesi 2015.


Masih sempat bergurau senda semasa menunggu aktiviti dijalankan.

                           Bersedia untuk mengadakan aktiviti menguli tanah tanah liat.


Jari kecil yang comel....sudah tidak sabar untuk memulakan aktiviti.


Bekerja keras untuk menghasilkan adunan warna tanah liat yang menarik.
"Lepas ni dah boleh buat pelbagai bentuk ye :)"

Berkumpul di pentas berhampiran dengan Alkaf sebelum memulakan lawatan ke sekitar Kompleks Taman Seni Islam Selangor.


"Baiklah adik-adik...bergerak dalam barisan ye..."
Disiplin adalah asas jati diri yang perlu dipupuk dalam diri anak-anak.



  Di lobi Kompleks Taman Seni Islam Selangor.
"Ewah....siap posing ye"

Pelajar 5 dan 6 tahun telah dibahagikan secara rawak agar mereka dapat bergaul dengan semua kanak-kanak yang lain . Berbagai gelagat dan karenah  pelajar dapat dilihat sepanjang sesi orientasi dijalankan. Keterujaan jelas terpancar semasa aktiviti melawat Replika Rumah Rasullulah s.a.w di Galeri 1. Mereka dapat melihat tayangan video mengenai Rasullulah seperti rambut, pedang, serban dan jubah Rasullulah s.a.w.  Sehinggakan ada yang meluahkan rasa hiba dan hasrat mereka untuk bertemu Rasulullah s.a.w.  Alhamdulillah...

Antara aktiviti lain yang juga dijalankan pada hari orientasi selama seminggu adalah aktiviti suai kenal antara para pelajar dan guru, aktiviti mengenal kelas, aktiviti kolaj dan juga aktiviti mewarna.

Seperti biasa sewaktu, di awal persekolahan akan ada pelajar yang enggan berpisah dengan ibu dan ayah. Mereka kebanyakkan adalah pelajar yang berumur 5 tahun. Namun alhamdullilah, berbekalkan pengalaman daripada guru-guru di Restu Kids, pelajar-pelajar merasa yakin dan gembira untuk datang ke sekolah.

Secara keseluruhannya, Hari Orientasi Restu Kids 2015 berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Wasalam.

Thursday, January 8, 2015

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum Restu Kids 2015

Assalammualaikum wrt wbt

Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum

Selamat Datang ke Restu Kids bagi sesi persekolahan tahun 2015. Semoga tahun ini menjadikan anak-anak Restu Kids lebih cemerlang dan gemilang dari tahun sebelumnya.




Bento Art