Monday, January 19, 2015

Minggu Orientasi Restu Kids 2015

Assalammualaikum wrt wbt

Pada 13 Januari hingga 16 Januari 2015,  telahpun diadakan Hari Orientasi untuk pelajar.  Hari Orientasi ini bertujuan untuk mendidik para pelajar tentang displin, peraturan serta keadaan persekitaran Restu Kids agar mereka lebih memahami konsep yang ingin diketengahkan oleh Restu Kids.


Inilah wajah anak-anak yang belajar di Restu Kids bagi sesi 2015.


Masih sempat bergurau senda semasa menunggu aktiviti dijalankan.

                           Bersedia untuk mengadakan aktiviti menguli tanah tanah liat.


Jari kecil yang comel....sudah tidak sabar untuk memulakan aktiviti.


Bekerja keras untuk menghasilkan adunan warna tanah liat yang menarik.
"Lepas ni dah boleh buat pelbagai bentuk ye :)"

Berkumpul di pentas berhampiran dengan Alkaf sebelum memulakan lawatan ke sekitar Kompleks Taman Seni Islam Selangor.


"Baiklah adik-adik...bergerak dalam barisan ye..."
Disiplin adalah asas jati diri yang perlu dipupuk dalam diri anak-anak.



  Di lobi Kompleks Taman Seni Islam Selangor.
"Ewah....siap posing ye"

Pelajar 5 dan 6 tahun telah dibahagikan secara rawak agar mereka dapat bergaul dengan semua kanak-kanak yang lain . Berbagai gelagat dan karenah  pelajar dapat dilihat sepanjang sesi orientasi dijalankan. Keterujaan jelas terpancar semasa aktiviti melawat Replika Rumah Rasullulah s.a.w di Galeri 1. Mereka dapat melihat tayangan video mengenai Rasullulah seperti rambut, pedang, serban dan jubah Rasullulah s.a.w.  Sehinggakan ada yang meluahkan rasa hiba dan hasrat mereka untuk bertemu Rasulullah s.a.w.  Alhamdulillah...

Antara aktiviti lain yang juga dijalankan pada hari orientasi selama seminggu adalah aktiviti suai kenal antara para pelajar dan guru, aktiviti mengenal kelas, aktiviti kolaj dan juga aktiviti mewarna.

Seperti biasa sewaktu, di awal persekolahan akan ada pelajar yang enggan berpisah dengan ibu dan ayah. Mereka kebanyakkan adalah pelajar yang berumur 5 tahun. Namun alhamdullilah, berbekalkan pengalaman daripada guru-guru di Restu Kids, pelajar-pelajar merasa yakin dan gembira untuk datang ke sekolah.

Secara keseluruhannya, Hari Orientasi Restu Kids 2015 berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Wasalam.

No comments:

Post a Comment

Bento Art