Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, dikurniakan akhlak yang terpuji dan pekerti yang mulia...yang akan menjadi penyejuk hati ibu dan ayah. Amin.....
Assalamualaikum w.b.t, Pihak pengurusan Restu Kids dengan sukacitanya ingin menjemput semua bekas pelajar yang pernah menerima pendidikan di Restu Kids dari tahun 2006-2015 samada pelajar Restu Kids 2015, bekas pelajar pra sekolah, pelajar Kelas Intensif Fardu Ain, Kelas Intensif Jawi dan Asas Kaligrafi dan juga bekas peserta kem/program yang pernah dianjurkan oleh kami, untuk sama-sama memeriahkan Program Sukaneka Restu Kids 2015. Program sukaneka ini akan berlangsung di pusat latihan Riyadh Restu,Kuang(www.facebook/Riyadh Restu). Pihak kami amat mengalu-alukan dan mengharapkan sokongan kehadiran daripada anda semua. Semoga program yang julung kali diadakan ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara kita. Insyaallah....
Sebarang pertanyaan berkaitan program ini sila hubungi Teacher Fardilla di talian 03-55119001/2/3.
p/s: Nantikan 'update' terkini sepanjang persiapan Sukaneka 2015, yang akan dikemaskini dari masa ke semasa :)
Pada 11 Mac 2015 yang lalu, pelajar-pelajar Restu Kids telah berkunjung ke Farm in The City yang terletak di Seri Kembangan, Kajang, Selangor. Seramai 40 orang pelajar ditemani 6 orang guru pengiring dan seorang jurugambar yang terlibat dalam lawatan ini. Untuk lawatan ini, kami menggunakan pakej dari Pusat Tenaga Insan, yang mana mereka telah menyusun atur aktiviti pada hari tersebut. Mereka telah menyediakan khidmat 2 orang juru pandu iaitu saudara Ferdaus dan Muiz. Farm In The City adalah tempat yang sangat ideal untuk dikunjungi oleh kanak-kanak. Meneroka dan merasai sendiri suasana di dalam ladang memberikan suatu pengalaman yang cukup menarik dan amat sukar dilupakan. Jom...kami kongsikan gambar-gambar menarik sewaktu di sana...
Kelihatan semua pelajar Restu Kids teruja kerana ada di antara mereka yang tidak pernah menaiki bas sebelum ini.
Mendengar taklimat sebelum memulakan lawatan.
Berada di" Kampong Mahmood" melihat persembahan burung kakak tua yang boleh berkata-kata dan melakukan pelbagai aksi yang sangat menghiburkan.
Melihat kura-kura gergasi yang berusia 30 tahun serta diberi peluang untuk memberi makan kepada kura-kura tersebut. Ladang ini diberi nama "Turtle and Tortoise Farm".
Ladang seterusnya ialah "Bird Aviary" iaitu sangkar burung besar yang menempatkan lebih seratus ekor burung dan haiwan lain dari spesis keluarga yang sama.
Seterusnya kami melawat ladang "Savannah" di mana pelajar-pelajar berpeluang membelai dan menyentuh kambing yang sangat jinak dan mudah didekati.
Pengembaraan di Farm in The City diteruskan ke "Reptile Cavern'. Terdapat pelbagai jenis reptilia antaranya ular, biawak dan iguana.
"Rabbit Farm" yang menyeronokkan...
Aktiviti seterusnya ialah menangkap ikan di "Longkang Fishing" . Setiap pelajar diberikan jaring bagi melakukan aktiviti ini. Begitu bersemangat mereka mencuba untuk menangkap ikan.
" Mood's Lake"....tasik yang penuh dengan ikan-ikan yang sememangnya menanti pengunjung untuk memberi makan.
Antara haiwan yang terdapat di Pet's Village.
Di penghujung lawatan, pelajar-pelajar dibawa melihat burung unta.
Diharapkan agar lawatan sambil belajar ini memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh pelajar-pelajar Restu Kids. Jangan lupa untuk melihat aktiviti kami di www.facebook/ Restu Kids. Sehingga berjumpa lagi.... :) Wasalam