Wednesday, March 11, 2015

JOM JAGA GIGI

Assalamualaikum w.b.t

Aktiviti "Jom Jaga Gigi" telahpun dijalankan pada 6 Februari yang lalu.  Alhamdulillah...pelajar-pelajar Restu Kids telah mendengar taklimat cara-cara penjagaan gigi dan memberus gigi dengan betul.  Aktiviti ini telah dijalankan dengan kerjasama dari Jururawat Pergigian dari Klinik Pergigian Shah Alam.  Terima kasih diucapkan kepada Jururawat Siti Zaria dan pembantu beliau yang sanggup datang ke tadika kami walaupun permohonan dibuat pada saat-saat akhir.  Jom layan gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut.




Aktiviti dimulakan dengan tayangan slide berkaitan dengan "Kenali Gigi adik-adik".  Haaa...masing-masing ternganga bila nurse tunjukkan replika gigi yang besar tu.  Seterusnya diterangkan "Akibat Tidak menjaga Gigi".  Bila tengok slide yang menunjukkan gigi yang rosak/reput...eewww...semua pelajar mulalah serba-salah (hehehe...banyak makan makanan manis, tapi tak suka gosok gigi).  Apapun, semua pelajar jelas akan "Fungsi gigi".  Ada yang tersipi-sipu bila nurse minta tunjukkan gigi sebab ada yang gigi rongak disebabkan kurang penjagaan rapi.

 "Tak pe adik-adik...biar nurse terangkan "Cara Menjaga Gigi".
-Berus gigi 3x sehari.
-Makan makanan yang seimbang.
-Kurangkan makanan manis.
-Dan....jangan lupa jumpa doktor gigi setiap 6 bulan sekali :)


Masing-masing dah bersedia dengan berus gigi dan adik comel tu jadi model untuk bantu nurse Zariya.





Lihatlah gelagat anak-anak kecil ni, tidak kekok memberus gigi masing-masing.  Dilihat dari cara mereka, jelas sekali ibubapa di Restu Kids menekankan amalan penjagaan dan kebersihan gigi sebagai satu rutin yang diamalkan setiap hari.  Tahniah buat ibubapa!

  Selesai sudah aktiviti memberus gigi.  "Aaa...letak dalam plastik ni ye".

Sebelum balik, nurse Zariya memeriksa gigi pelajar-pelajar.

Okay adik-adik...jangan lupa pesanan nurse tu ye!  Sehingga berjumpa lagi di entry yang akan datang.

No comments:

Post a Comment

Bento Art