Wednesday, June 27, 2012

Usrah Mahabbah

Assalammualaikum...

Pada 30 Jun ini (Sabtu), Restu Kids akan mengadakan Hari Kad Laporan pelajar. Program ini diberi nama Usrah Mahabbah. Semua ibu bapa akan hadir untuk mengambil kad laporan anak masing-masing. Ada sedikit kelainan berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada hari tersebut pelajar Restu Kids akan membuat persembahan dan seterusnya barulah sesi pengambilan kad laporan pelajar . Program yang akan berlangsung selama 3 jam ini diharapkan akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pihak pengurusan Restu Kids dan ibu bapa. Harapan kami semoga ibubapa menyokong dan memberi kerjasama di atas usaha yang kami laksanakan ini, dan semoga dipermudahkan segala urusan kami...

Bento Art