Monday, November 13, 2017

Guru 2017

Berdiri dari kiri : Aqilah, Syafika Amira,Nadia Adnan,Shazreen,Kamaliaa,Atiyah
Duduk dari kiri: Noorharyanti, Puan Roshalina, Norshamsila


Barisan 'SUPERWOMEN RK" tahun 2017.

2017 hampir melabuhkan tirai....🤔 Dah kenal semua "enjin" dan "compartment" di #RESTUKIDS ?

Okay, let's go...

Bismillah.....

👩‍🏫Barisan hadapan (dari kiri ke kanan)

🌷Teacher Noorharyanti Bt Abd Rahman a.k.a teacher yan. Guru merangkap pereka grafik merangkap guru paling cantik tinggi lampai (168cm hihihi)

🌷Puan Roshalina Baharuddin atau teacher ros. Big boss #RESTUKIDS , pengurus pembangunan perniagaan dan mastermind #RESTUKIDS.

🌷Teacher Norshamsila Sulaiman atau lebih dikenali teacher shila merupakan enjin penggerak RK dan ketua kami di RK.

👩‍🏫Barisan belakang (dari kiri ke kanan)

🌷Teacher Cik Aqilah Wardah atau nama glamour - teacher qila. Bertanggungjawab mendidik dan merencana program islamik dibawah kelolaan #RESTUKIDS

🌷Teacher ika - guru "kokurikulum" #RESTUKIDS

🌷Teacher Nadia Adnan melayan kerenah pelajar empat tahun yang super lincah.

🌷Teacher Aisha Shazreen / teacher sha (typing.....) melaksana strategi pemasaran #RESTUKIDS 

🌷Teacher Puteri Melia a.k.a teacher leeya mencurahkan idea-idea kreatif untuk produk kanak-kanak #RESTUKIDS

🌷Teacher Atiyah Shaari yang mengendalikan Kelas Intensif Fardhu Ain serta pembangunan sahsiah pelajar.

Setiap guru (baca:teacher) di #RESTUKIDS memegang peranan yang sangat penting. Mereka mendidik dan melayan kerenah anak-anak bermula jam 8.00pagi hingga anak-anak pulang dan menggalas tanggungjawab lain di sebelah petang(program,produk,grafik desain, marketing etc). 

Jadi apa kata esok atau bila-bila kita jumpa guru-guru ini, ukirkan senyuman dan ucapkan terima kasih.

Semoga Allah sentiasa memberkati usaha mereka dalam mencapai visi serta misi melahirkan pelajar yang unggul dari segi sahsiah, emosi serta akademik.

" RESTUKIDS- seeds of today, flowers of tomorrow"

#prasekolah #integrasi #islam #shahalam #tadika#guru #berdedikasi #tadikaterbaikshahalam #2017 #2018 #pendaftarandibuka #srai #tips #parenting#teaching
 

Thursday, October 5, 2017

Peperiksaan Akhir Tahun 2017

Peperiksaan Akhir Tahun 2017 telah diadakan bagi menilai tahap penguasaan murid-murid terhadap mata pelajaran yang diajar.

Namun begitu, keputusan tersebut bukanlah tanda aras kepintaran mereka kerana setiap murid mempunyai kecenderungan berbeza dan masih lagi dalam proses mencari identiti serta minat mereka.

Didoakan supaya murid-murid ini akan lebih bersemangat lagi untuk menuntut ilmu dan seterusnya menyebarkan ilmu yang baik dan bermanfaat sebagai bekalan untuk diri sendiri dan masyarakat.


Saturday, September 30, 2017

Adab Makan

Image result for doa makan



"EEEEEE MAKAN TAK BACA DOA.....MAKAN DENGAN SYAITAN !" 👿

Astaghfirullah.. Umi umi, ibu ibu, mama..... ada tak guna ayat UGUTAN macam ni ? Haaaaa kalau tipu tak sayang.. 😆 Hehe takpe, mulai harini kita cuba tukar semua ayat UGUTAN ni kepada yang lebih SWEET.. ayat manja-an.

Contoh:
"Abang ali kesayangan umi dah baca doa ke belum ? Kalau belum, jom baca sama-sama...."
atau
"Allah.... macam mana ni, umi dapat bisikan supaya ingatkan abang ali baca doa makan lah.... Jom baca sama-sama anak soleh umi.."

Haaaaa kan sejuk telinga mendengar. Hehe tak mudah, tapi tak susah. Kalau bukan sekarang bila lagi kan umi-umi solehah ?
Ni admin sharekan doa makan yang diamalkan oleh anak-anak soleh di #RESTUKIDS

الَّلهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيمَا رَزَقْتَنَا، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
"Oh Allah bless the provision that You have given us and protect us from the punishment of the hell fire, Amin...."


Comelkan ? Mudah je.... Jom amalkan !

Open Day Restu Kids 2017





Friday, September 29, 2017

Year End Exam 2017

Good luck Restu Kids.
Strive hard, pray harder.

Pendaftaran Sesi 2018


Sesi Fotografi 2017

Sesi fotografi Restu Kids telah diadakan pada 18 September yang lalu. 

Istimewanya di Restu Kids, semua pelajar berpeluang bergambar dengan jubah konvokasi yang ditempah khas.

Sesi fotografi bermula seawal jam 9 pagi. 

Ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan gambar graduasi akan dimaklumkan oleh pihak sekolah dalam masa terdekat. 


Thursday, August 10, 2017

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60








 Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !



Pada 8 Ogos yang lalu, telah diadakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-60 di Restu Kids. Sambutan diserikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik.


Antara aktiviti yang diadakan seperti nyanyian lagu-lagu patriotik, perarakan Hari Kebangsaan, persembahan puisi melayu dan acara kemuncak iaitu, "Merdeka Costume" fashion show.

Pelbagai gelagat menarik dan mencuit hati para pelajar sempat dirakamkan oleh jurugambar kami. Acara tahunan ini diadakan bagi melahirkan anak bangsa yang berjiwa patriotik, cinta akan negara dan memahami nikmat lahir dibumi merdeka dan bertuah, Malaysia.

Kami bangga menjadi Anak Malaysia !





Saturday, July 29, 2017

Topic: Pelajar RK berjaya ke SRAI.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

Sekalung tahniah diucapkan kepada para pelajar 6 tahun Restu Kids yang telah berjaya mendapat tempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI). 

Kepada yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada kami, memberikan sepenuh kepercayaan untuk kami mendidik anak-anak hebat ini jutaan terima kasih kami ucapkan.

Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang telah berusaha sedaya upaya tetapi Allah telah menetapkan rezeki anak-anak di tempat lain, jangan putus asa. Perjuangan anak-anak baru sahaja bermula. Jadikan ia pembakar semangat untuk terus berusaha di masa hadapan.



Tuesday, July 25, 2017

Sambutan Hari Raya Restu Kids 2017

Alhamdulillah ala kulli hal
Pada 14 Julai yang lalu telah diadakan jamuan raya bersama-sama dengan para pelajar Restu Kids.
Majlis berkonsep "potluck" ini diserikan dengan kehadiran ibubapa.
Terima Kasih diatas kesudian ibu bapa menyumbangkan makanan untuk dikongsi bersama anak-anak lain.
Selamat Hari Raya
(27 Syawal 1438 H)


















Thursday, June 22, 2017

Syawal 1438H

💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗

Syawal 1438H
Kami mewakili pihak pengurusan Restu Kids, tenaga kerja, guru-guru dan seluruh keluarga Yayasan Restu ingin mengucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin.
Semoga ibadah kita dibulan Ramadan diterima dan diqabulkan, InshaAllah

Monday, May 22, 2017

Usrah Mahabbah 2017

*penting**

[Memo Usrah Mahabah 2017]

Perkara : Usrah Mahabbah 2017

Assalamualaikum wbt,
Semua ibubapa dan penjaga pelajar-pelajar Restu Kids dijemput menghadiri Majlis Usrah Mahabbah untuk mengambil kad laporan prestasi pelajar & seterusnya berbincang dengan guru-guru mengenai perkembangan anak-anak di sekolah.

Butiran program adalah seperti berikut:

🍎 Tarikh : 23 Mei 2017 (Selasa)
🍎 Waktu : 8.30 pagi - 1.00 ptg
🍎 Tempat : Bilik Mesyuarat Aras 1
Diharapkan semua ibubapa akan hadir dan memberikan sokongan moral kepada anak-anak dan bersama-sama kami untuk meningkatkan pencapaian mereka dari segi akademik dan sahsiah diri

Monday, April 17, 2017

Sukaneka Restu Kids 2017

🏀🏀🏀🏀🏀🏀

Bertemakan Geng Upin & Ipin,
Pelbagai telatah lucu anak-anak Restu Kids dan ibubapa dapat dilihat.....

Lihat gelagat anak-anak dan ibu bapa semasa Hari Sukaneka Restu Kids 2017. Bermacam ragam yang dapat dilihat dan pastinya mereka semua sungguh gembira dan bersemangat untuk bertanding.

Butiran program:-
Sukaneka Restu Kids 2017
8 April 2017
Riyadh Restu, Kuang.

Disini kami kongsikan juga keputusan akhir Sukaneka Restu Kids 2017.

Kategori : Perbarisan
🚶🚶🚶🚶🚶🚶🚶🚶🚶🚶🚶🚶
🏆 Juara: Rumah Kuning💛
🏅 Naib Juara: Rumah Ungu💜
🎖️ Tempat ke-3: Rumah Merah❤️
🎖️ Tempat ke-4: Rumah Biru💙
Pemenang Keseluruhan (Acara Sukan)
⛹️🚴⛹️🚴⛹️🚴⛹️🚴⛹️🚴⛹️🚴⛹️🚴
🏆 Johan : Rumah Ungu 🍇
🏅 Naib Johan : Rumah Kuning🍋
🎖️ Tempat ke-3 : Rumah Merah🍓
🎖️ Tempat ke-4 : Rumah Biru🍧

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kepada yang kurang bernasib baik, inshaAllah kita cuba lagi tahun hadapan.
Jom lihat aksi lucu anak-anak Restu Kids !




































😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊

Bento Art