Friday, December 14, 2012

Jawatan Kosong


Islamic Kindergarten Teacher
*Immediate Vacancy*


Qualification:

* Diploma in education or any related field
* Good communication skill
* Ethusiastic, very patient and love children
* Hardworking and willing to learn
* Experience and teaching is an advantage

Please contact: 
Restu Kids Sdn. Bhd
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
No. 2A Persiaran Damai Seksyen 10
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-55119001/2/3 (Pn. Shila)
Blog: restukids.blogspot.com
Email: restukids_rk@yahoo.com

***Please submit your resume and other supporting documents

Wednesday, December 5, 2012

Open Day / Hari Terbuka Restu Kids (pendaftaran baru bagi sesi 2013)

Assalammualaikum dan selamat pagi....

Ok entry kali ni saya ceritakan serba sedikit mengenai 'Open Day' ataupun ' Hari Terbuka' Restu Kids yang akan bermula dari 10 Disember sehingga 16 Disember ini. Masa dari pukul 9.30 pagi sehingga 5.00 petang.

Ada 3 kursus yang ditawarkan di sini iaitu Prasekolah Integrasi Islam, Kelas Intensif Fardu Ain dan Kursus Bermodul Kaligrafi. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi terus nombor yang tertera seperti di bawah dan sesiapa yang mendaftar pada hari terbuka ini ada sesuatu yang menanti anda. Jangan lepaskan peluang!.

Untuk makluman semua Restu Kids merupakan tadika islam yang berdaftar di bawah Jais



Tuesday, December 4, 2012

Restu Kids: Pementasan Teater 'Semut Haiwan Teladan'

Tamat sudah sesi persekolahan bagi tahun 2012. Banyak kenangan manis yang tak dapat dilupakan sepanjang saya dan juga guru-guru lain mengajar pelajar-pelajar Restu Kids. Ok tak nak cerita panjang lagi, jom layan gambar Majlis Akhir Tahun Restu Kids. Tajuk teater pada kali ni ialah teater 'Semut Haiwan Teladan' diadaptasikan dari kisah Nabi Sulaiman dan semut.


masa ni semua tengah bersiap sedia untuk pergi ke auditorium

kumpulan tentera dan kumpulan nyanyian
                                             
Pengerusi Yayasan Restu iaitu Datuk Abdul Latiff Mirasa berucap 

suasana sepanjang teater berlangsung







Monday, October 15, 2012

Tadika Restu Kids (bersantai dan bergambar di dalam Kompleks Taman Seni Selangor)

Exam week baru saja selesai, jadi kali ini kami bawa pelajar-pelajar bersantai di sekitar Kompleks Taman Seni Islam Selangor. Dulu semasa awal tahun mereka telah di bawa melawat di sekitar Kompleks Taman Seni Islam, tapi kali ini mereka kelihatan lebih seronok dan amat suka bila bergambar bersama kawan-kawan. Jadi kepada yang belum pernah sampai ke sini bolehlah meluangkan masa untuk datang melawat. Tempat ini di buka setiap Isnin hingga Ahad, waktu di buka pada pukul 9.30 hingga 5.00 petang. Jom kita layan gambar-gambar menarik dari pelajar-pelajar Restu Kids.

Melawat kolam ikan, kedai coklat Helwani Restu dan bergambar di Alkaf
Bergambar bersama Al-Quran terbaru iaitu Al-Quran terjemahan perkata
dan bergambar di dalam kedai coklat Helwani Restu
hai seronoknya mereka bergambar :)
Melawat di dalam galeri
di dalam galeri juga

Wednesday, October 10, 2012

PENDAFTARAN INTEGRASI PRASEKOLAH ISLAM MASIH LAGI DIBUKA

PENDAFTARAN  UNTUK TAHUN 2013 MASIH LAGI DIBUKA. 
DAFTARLAH ANAK ANDA DI RESTU KIDS SEKARANG ! 

Pendaftaran untuk
KEMASUKAN INTEGRASI PRASEKOLAH ISLAM 2013
Borang pendaftaran boleh didapati di Restu Kids, yang beralamat di :-
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
No. 2A Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Thursday, September 20, 2012

Jamuan Hari Raya Restu Kids


Assalamualaikum...

Berakhir sudah bulan Syawal pada kali ini bermakna berakhir sudahlah kita sebagai umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Entry kali ini saya nak bercerita sedikit mengenai Jamuan Hari Raya Restu Kids. Jamuan raya ini telah disambut di rumah pengetua Restu Kids sendiri. Bermula pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 12.30 tengahari. Memang menjadi kelaziman di Restu Kids untuk mengadakan aktiviti "pot luck" pada setiap tahun. Setiap pelajar perlu membawa makanan dari rumah seperti mihun, rendang, nasi impit, kuih-muih dan lain-lain lagi.

Selepas selesai jamuan raya, segmen mari bercerita menyusul pula. Pelajar dari Kolej Restu telah menyampaikan sebuah cerita mengenai Nabi Ibrahim kepada pelajar Restu Kids. Sebelum pulang pelajar Restu Kids telah diberi dua sampul duit raya. Pertama daripada semua teacher dan yang kedua daripada pengetua Restu Kids.












Untuk entry ini pula, Restu Kids berhari raya bersama Yayasan Restu. Serba sedikit mengenai Yayasan Restu. Yayasan Restu merupakan salah satu syarikat yang mengeluarkan Al-Qur'an Mushaf Malaysia dan juga mengeluarkan produk yang berunsurkan islamik. Restu Kids merupakan salah satu anak syarikat di bawah naungan Yayasan Restu. Secara tidak langsung, segala aktiviti mahupun program yang dianjurkan oleh Yayasan Restu, Restu Kids pasti akan terlibat sama.

Gaya comel 1...
Gaya comel 2...

Bersalam-salaman


Pelajar sesi petang..Kelas Fardhu Ain...
















































































































































































Tuesday, September 4, 2012

Lawatan sambil belajar ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Pada 2.8.2012, Restu Kids telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Lawatan ini telah disertai oleh 23 orang pelajar dan diiringi oleh 6 orang guru. Lawatan kami ke sana bermula pada pukul 9.30 pagi dan berakhir pada pukul 11.40 pagi.

Pelajar Restu Kids sangat bertuah kerana dapat bertemu dan belajar bersama Imam Masjid Negeri Shah Alam iaitu Sheikh Abdul Karim Omar. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar Restu Kids.





Tuesday, July 24, 2012

Program Usrah Mahabbah


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Rasanya belum terlambat lagi untuk Restu Kids mengucapkan salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam. Semoga Ramdhan kali ini akan lebih memberi makna dalam hidup dan menjadi lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Insya-Allah.

Pada 30 Jun 2012, Program Usrah Mahabbah (Hari Kad Laporan Pelajar) telah dijalankan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar.

Nyanyian lagu "Demi Matahari"
Persembahan Surah As-Syams
Berkeyakinan......Umar dan Iskandar membaca Surah As-SyamsSesi perjumpaan antara guru dan ibu-bapa

Wednesday, June 27, 2012

Usrah Mahabbah

Assalammualaikum...

Pada 30 Jun ini (Sabtu), Restu Kids akan mengadakan Hari Kad Laporan pelajar. Program ini diberi nama Usrah Mahabbah. Semua ibu bapa akan hadir untuk mengambil kad laporan anak masing-masing. Ada sedikit kelainan berbanding dengan tahun sebelumnya. Pada hari tersebut pelajar Restu Kids akan membuat persembahan dan seterusnya barulah sesi pengambilan kad laporan pelajar . Program yang akan berlangsung selama 3 jam ini diharapkan akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara pihak pengurusan Restu Kids dan ibu bapa. Harapan kami semoga ibubapa menyokong dan memberi kerjasama di atas usaha yang kami laksanakan ini, dan semoga dipermudahkan segala urusan kami...

Monday, May 28, 2012

PENDAFTARAN SESI BARU 2013 KINI DIBUKA!


Assalamualaikum...

Dengan sukacitanya Restu Kids ingin memaklumkan bahawa PENDAFTARAN BARU BAGI TAHUN 2013 kini telah dibuka.

RESTU KIDS
  • Restu Kids menerima pendaftaran pelajar yang berumur antara 5 & 6 tahun.
  • Restu Kids merupakan PRASEKOLAH INTEGRASI ISLAM.
  • Kurikulum pendidikan yang merangkumi kurikulum Kebangsaan & Dinniyyah.
  • Aktiviti kurikulum yang menarik.
  • Membentuk perkembangan anak-anak yang aktif, dinamik, kreatif, dan inovatif pada penghayatan ilmu Al-Qur'an dan kemajuan sains serta teknologi.
:- Guru-guru kami terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan dan berpengalaman.
:- Suasana pembelajaran yang bersih, berhawa dingin dan selamat untuk anak-anak.

Sila hubungi kami sekiranya ingin mendapatkan maklumat mengenai Restu kids secara terperinci. Terima kasih.

Restu Kids. Kompleks Taman Seni Islam Selangor.
No.2A Persiaran Damai, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor.
No Tel: 03-5511 9001/2/3

DAFTAR SEGERA!




Friday, May 18, 2012

Jemputan: Ceramah oleh Ustaz Don Daniyal


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Jemputan menghadiri ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal

Tempat: Auditorium, Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Shah Alam.
Tarikh : 07 Jun 2012, Khamis
Masa : 9.00 pagi hingga 11.30 pagi

Moga dengan kehadiran jemaah yang ramai bagi memeriahkan majlis akan dibayar dengan rahmat dan balasan dari Allah s.w.t

Saturday, April 28, 2012

Mari Sertai Kelab Restu Kids!

Assalamualaikum dan selamat pagi...Ada berita baru yang nak disampaikan di sini. Restu Kids ingin mempelawa semua rakan-rakan di luar sana terutamanya yang berumur 5 hingga 17 tahun untuk menjadi AHLI KELAB RESTU KIDS.

Di sini saya sertakan serba sedikit maklumatnya...
  • Percuma kad keahlian.
  • Diskaun bagi pembelian produk Restu Kids.
  • Diskaun bagi penyertaan program yang dianjurkan oleh Restu Kids.
  • Jemputan menghadiri program kemasyarakatan, majlis silaturrahim, pendidikan, motivasi dan keusahawanan anjuran Restu Kids.
  • RM 15.00 sehingga mencapai umur 17 tahun dan RM 10 bagi setiap ahli keluarga lain yang ingin menyertainya.
Sebarang pertanyaan lanjut anda boleh datang ke Restu Kids di Kompleks Taman Seni Islam Selangor ataupun hubungi terus nombor telefon ini. 03-5511 9001

Friday, April 27, 2012

Lawatan ke Petrosains

Lawatan sambil belajar Restu Kids ke Petrosains, Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Lawatan ini telah diadakan pada 24 April yang lepas dan seramai 6 orang guru dan 28 orang pelajar telah menyertai lawatan ini.

Bento Art