Wednesday, December 31, 2014

Pendaftaran Prasekolah Integrasi Islam dan Kelas Intensif Fardhu Ain 2015

Assalammualaikum wrt wbt
 Pendaftaran bagi Prasekolah Integrasi Islam Restu Kids dan Intensif Fardu Ain masih dibuka bagi tahun 2015. Bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak anda ke Restu Kids boleh menghubungi kami.

PRASEKOLAH INTEGRASI ISLAM


Waktu Persekolahan:
Isnin-Khamis (8.30pg-1.00ptg)
Jumaat (8.30pg-11.30pg)

Dibuka kepada kanak-kanak berumur 5-6Tahun

Makanan disediakan 2 kali sehari:
Sarapan Pagi
Makan Tengahari

Subjek yang ditawarkan:

Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Pendidikan Islam (Feqah/Tauhid/Akhlak/Sirah)
Bahasa Arab
Hafazan (Hadis/Surah Lazim)
Jawi
Iqra'
ICT(Komputer)
Art and Craft

-Praktikal Solat
-Pendidikan Jasmani


KELAS INTENSIF FARDU AIN



Waktu Persekolahan:
Isnin-Khamis (3.00ptg-5.00ptg)

Terbuka kepada kanak-kanak berumur 7-12 tahun

Subjek yang ditawarkan:

Pengajian Al-Quran & Iqra
Hafazan
Praktikal Solat
Tauhid & Feqah
Sirah &Akhlak
Bahasa Arab
Jawi
Tajwid


-Para pelajar akan di bawa ke surau ahlil kisa untuk solat asar berjemaah bersama Sheikh Abdullah al-Jahaf


-Selepas solat asar pelajar akan bersama-sama membaca Ratib al-Haddad .



Jika berminat boleh hadir dialamat seperti di bawah:

Kompleks Taman Seni Islam Selangor,
No 2A, Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100 Shah Alam,
Selangor





Wasalam.


Monday, December 29, 2014

Majlis At-Ta'aruf al-Ukhuwwi

Assalammualaikum wrt wbt
Syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah nikmat yang diberikanNya 
Hari ini 29 Disember 2014 Restu Kids telah mengadakan Majlis At-Ta'aruf al-ukhuwwi atau dalam bahasa melayunya bermaksud majlis pengenalan persaudaraan. Majlis ini di adakan bertujuan untuk mempereratkan lagi hubungan persaudaraan antara ibu bapa dan para guru.

Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran ibu bapa pada jam 10pagi dan penyerahan kalendar sekolah serta school handbook sebelum majlis dimulakan. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah waktu persekolahan, pakaian yang perlu dipakai serta peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa berada di Restu Kids.











Semoga ukhwah yang terjalin antara ibu bapa dan para guru kekal selama-lamanya.
Pendaftaran ke Restu Kids untuk tahun 2015 masih dibuka.
Kami mengalu-alukan kedatangan anak-anak tuan puan ke Restu Kids.

Wasalam..

Wednesday, December 10, 2014

Hari Graduasi Pelajar Restu Kids & Teater Arnab Hitam 2014

Assalammualaikum wrt wbt

Alhamdullilah walaupun agak terlewat, namun masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk kami dipihak Restu Kids mengisi masa kosong anda semua dengan sedikit cerita tentang hari graduasi anak-anak Restu Kids 2014 dan persembahan teater Arnab Hitam. Pada tahun ini pihak Restu Kids telah memilih kisah teladan yang diadaptasi daripada sebuah buku bertajuk Arnab Hitam yang sangat menarik untuk diteladani oleh semua peringkat umur. Antara contoh nilai murni tersebut ialah tolong menolong antara satu sama lain, sikap sayang menyayangi dan sikap ambil berat antara satu sama lain.




 Walaupun banyak halangan dan dugaan yang datang tanpa diduga sebelum, selepas dan semasa tayangan namun kami di Restu Kids sangat bersyukur terhadap ilahi kerana anak-anak Restu Kids telah menunjukkan sikap yang sangat positif dan bersemangat waja untuk mempersembahkan lakonan mereka di hadapan keluarga mereka. Sesungguhnya nilai kudrat kami para guru terhapus dengan sekelip mata apabila melihat anak-anak Restu Kids di tatarias dan memakai pakaian yang sangat comel pada hari persembahan teater tersebut. 


Hanya Allah yang maha kuasa, maha pemurah yang dapat membalas jasa para ibu bapa yang berkorban wang ringgit tanpa keluhan, berkorban masa agar anak-anak Restu Kids dapat menghafal skrip dan watak mereka. Kami guru di Restu Kids tidak mampu menjayakan semua ini tanpa sokongan para ibu bapa khususnya. Tidak lupa juga warga khidmat Yayasan Restu yang bertungkus lumus membantu kami dari segi susun atur pentas, tatarias anak-anak Restu Kids serta yang membantu dari segi tenaga mereka membersihkan dan mengemas Auditorium. 




Tidak dilupakan juga pada penaja kami, Bank Persatuan Seksyen 9 Shah Alam yang menaja hadiah kepada anak-anak Restu Kids yang bergraduasi pada hari tersebut. Barakallahuma. Terima kasih atas jasa tuan yang sangat pemurah menaja kami di Restu Kids.





Kami di Restu Kids sangat berterima kasih dan akan cuba perbaiki segala kelemahan yang ada agar kami lebih maju ke hadapan. Akhir kata, semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang.




Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan, 
Intai kami antara nampak,
Esok jangan lupa-lupaan


Wasalam















Saturday, November 8, 2014

Aktiviti Bulanan: Chef Muda

Assalammualaikum wrt wbt

Pada hari Khamis yang lalu, 6 November 2014 kami di Restu Kids telah mengadakan aktiviti bulanan yang dinamakan Chef Muda. Aktiviti ini berlangsung selama waktu persekolahan mengikut kelas masing-masing. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi mencukil bakat anak-anak Restu Kids dalam seni kulinari. Di bawah adalah gambar- gambar yang sempat di rakam semasa aktiviti berlangsung.










Anak-anak Restu Kids dibekalkan dengan sebijik kek cawan beserta ising di dalam piping bersama dengan chocolate rice dan hiasan kek bagi mendekorasi kek mereka mengikut kehendak dan kreativiti mereka.











Sebelum menghias kek mereka mengikut kreativiti mereka, para guru melakukan demonstrasi menghias kek agar anak-anak Restu Kids faham menggunakan piping yang disediakan.

































Anak-anak Restu Kids berasa sangat gembira dan berpuas hati dengan aktiviti Chef Muda yang di jalankan bersama guru kelas mereka. Diharap aktiviti bermanfaat ini akan menjadi titik tolak kepada anak-anak Restu Kids menjadi lebih kreatif dalam seni menghias kek cawan.

Semoga kita berjumpa lagi!

Wasalam..


Bento Art