Thursday, September 20, 2012

Jamuan Hari Raya Restu Kids


Assalamualaikum...

Berakhir sudah bulan Syawal pada kali ini bermakna berakhir sudahlah kita sebagai umat islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Entry kali ini saya nak bercerita sedikit mengenai Jamuan Hari Raya Restu Kids. Jamuan raya ini telah disambut di rumah pengetua Restu Kids sendiri. Bermula pada pukul 9.00 pagi dan selesai pada pukul 12.30 tengahari. Memang menjadi kelaziman di Restu Kids untuk mengadakan aktiviti "pot luck" pada setiap tahun. Setiap pelajar perlu membawa makanan dari rumah seperti mihun, rendang, nasi impit, kuih-muih dan lain-lain lagi.

Selepas selesai jamuan raya, segmen mari bercerita menyusul pula. Pelajar dari Kolej Restu telah menyampaikan sebuah cerita mengenai Nabi Ibrahim kepada pelajar Restu Kids. Sebelum pulang pelajar Restu Kids telah diberi dua sampul duit raya. Pertama daripada semua teacher dan yang kedua daripada pengetua Restu Kids.












Untuk entry ini pula, Restu Kids berhari raya bersama Yayasan Restu. Serba sedikit mengenai Yayasan Restu. Yayasan Restu merupakan salah satu syarikat yang mengeluarkan Al-Qur'an Mushaf Malaysia dan juga mengeluarkan produk yang berunsurkan islamik. Restu Kids merupakan salah satu anak syarikat di bawah naungan Yayasan Restu. Secara tidak langsung, segala aktiviti mahupun program yang dianjurkan oleh Yayasan Restu, Restu Kids pasti akan terlibat sama.

Gaya comel 1...
Gaya comel 2...

Bersalam-salaman


Pelajar sesi petang..Kelas Fardhu Ain...
















































































































































































No comments:

Post a Comment

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60