Saturday, March 23, 2013

KURSUS SIJIL JAWI DAN KHAT 2013

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu. Apa aktiviti anda di hari cuti ni...anak-anak pun telah mula bercuti, jadi ibu bapa bolehlah merancang percutian yang terbaik untuk anak-anak anda.

Ok di sini saya ingin mengwar- warkan mengenai dua program yang akan dianjurkan oleh Restu Kids iaitu Sijil Jawi Dan Asas Kaligrafi dan juga Sijil Kaligrafi. Kursus jangka pendek ini akan bermula pada bulan April ini dan akan diadakan setiap hari Sabtu pada minggu ke-2 dan ke-4 di Restu Kids, Kompleks Taman Seni Islam Selangor. Kursus ini dibuka untuk pelajar 7 hingga 12 tahun sahaja. Tenaga pengajar adalah khattat yang berpengalaman dari Yayasan Restu.

Istimewanya Sijil Kaligrafi ini ialah anak-anak dapat belajar seni menulis khat dengan menggunakan 'handam'. Palajar akan diajar menulis khat yang dinamakan khat nasakh. Sekiranya anak-anak mempunyai minat dan ada kemahiran Jawi, jangan sia-siakan bakat anak-anak anda. Kursus ini merupakan salah satu cara untuk mengembangkan bakat dan minat anak-anak anda.



No comments:

Post a Comment

Bento Art