Wednesday, July 2, 2014

USRAH MAHABBAH (Hari Kad Laporan Pelajar)

Pada 28 Jun 2014 (Sabtu), kami telah mengadakan Majlis Usrah Mahabbah iaitu Hari Kad Laporan untuk pelajar-pelajar Restu Kids bagi peperiksaan semester pertama. Pelbagai aktiviti telah kami sediakan pada hari tersebut selain daripada mengambil kad laporan pelajar. Mari kita lihat apakah aktiviti itu..

Di kaunter pendaftaran

Sambil-sambil tu bolehlah menganggarkan berapakah jumlah coklat di dalam balang.
 Erm..berapa ya agak-agak?


Setelah mendaftar, kite dengar ucapan dari pengerusi majlis pula. Kemudian kite dengar pula bacaan Umul Kitab Al-Fatihah, doa kedua ibubapa dan Asma Ul-Husna dan selepas ini persembahan dari pelajar-pelajar Restu Kids.




 Sedang menyusun kedudukan pelajar untuk persembahan nanti.



Inilah dia persembahan dari pelajar-pelajar 6 tahun.
Hafazan 10 hadith pendek dan nasyid doa Rabitah.


Ini pula persembahan dari pelajar-pelajar 5 tahun.
'When I Wake Up' (rutin harian), 'The Finger Family' dan 'Goodbye, Goodbye'.

 
Penyerahan sijil penyertaan untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas renang dari Kelab Renang Ombak.

 
 Inilah antara pemenang "Cuba Anggarkan Saya Berapa" (jumlah coklat di dalam balang).
Tahniah buat pemenang!






Berlangsungnya pengambilan kad laporan pelajar..

Selesailah sudah Majlis Usrah Mahabbah kita pada kali ini. Semoga majlis yang telah berlangsung ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim diantara pelajar, ibubapa & guru.
Ma'as Salamah. Ilalliqa'.

No comments:

Post a Comment

Bento Art