Monday, March 16, 2015

Lawatan Sambil Belajar ke Farm in The City

Assalammualaikum wrt wbt

Pada 11 Mac 2015 yang lalu, pelajar-pelajar Restu Kids telah berkunjung ke Farm in The City yang terletak di Seri Kembangan, Kajang, Selangor. Seramai 40 orang pelajar ditemani 6 orang guru pengiring dan seorang  jurugambar yang terlibat dalam lawatan ini. Untuk lawatan ini, kami menggunakan pakej dari Pusat Tenaga Insan, yang mana mereka telah menyusun atur aktiviti  pada hari tersebut.  Mereka telah menyediakan khidmat 2 orang juru pandu iaitu saudara Ferdaus dan Muiz.  Farm In The City adalah tempat yang sangat ideal untuk dikunjungi oleh kanak-kanak.  Meneroka dan merasai sendiri suasana di dalam ladang memberikan suatu pengalaman yang cukup menarik dan amat sukar dilupakan.  Jom...kami kongsikan gambar-gambar menarik sewaktu di sana...






 Kelihatan semua pelajar Restu Kids teruja kerana ada di antara mereka yang tidak pernah menaiki bas sebelum ini.


Mendengar taklimat sebelum memulakan lawatan.




Berada di" Kampong Mahmood" melihat persembahan burung kakak tua yang boleh berkata-kata dan melakukan pelbagai aksi yang sangat menghiburkan. 




Melihat kura-kura gergasi yang berusia 30 tahun serta diberi peluang untuk memberi makan kepada kura-kura tersebut.  Ladang ini diberi nama "Turtle and Tortoise Farm"





Ladang seterusnya ialah "Bird Aviary" iaitu sangkar burung besar yang menempatkan lebih seratus ekor burung dan haiwan lain dari spesis  keluarga yang sama.



Seterusnya kami melawat ladang "Savannah" di mana pelajar-pelajar berpeluang membelai dan menyentuh kambing yang sangat jinak dan mudah didekati.



Pengembaraan di Farm in The City diteruskan ke "Reptile Cavern'. Terdapat pelbagai jenis  reptilia antaranya ular, biawak dan iguana. 


"Rabbit Farm"  yang menyeronokkan...


Aktiviti seterusnya ialah menangkap ikan di "Longkang Fishing" .   Setiap pelajar diberikan  jaring bagi melakukan aktiviti ini.  Begitu bersemangat mereka mencuba untuk menangkap ikan.  



" Mood's Lake"....tasik yang penuh dengan ikan-ikan yang sememangnya menanti pengunjung untuk memberi makan.



Antara haiwan yang terdapat di Pet's Village. 



Di penghujung lawatan, pelajar-pelajar dibawa melihat burung unta.



Diharapkan agar lawatan sambil belajar ini memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh pelajar-pelajar Restu Kids.  Jangan lupa untuk melihat aktiviti kami di  www.facebook/ Restu Kids.   Sehingga berjumpa lagi.... :)

Wasalam


No comments:

Post a Comment

Bento Art