Thursday, August 10, 2017

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60








 Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !



Pada 8 Ogos yang lalu, telah diadakan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-60 di Restu Kids. Sambutan diserikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik.


Antara aktiviti yang diadakan seperti nyanyian lagu-lagu patriotik, perarakan Hari Kebangsaan, persembahan puisi melayu dan acara kemuncak iaitu, "Merdeka Costume" fashion show.

Pelbagai gelagat menarik dan mencuit hati para pelajar sempat dirakamkan oleh jurugambar kami. Acara tahunan ini diadakan bagi melahirkan anak bangsa yang berjiwa patriotik, cinta akan negara dan memahami nikmat lahir dibumi merdeka dan bertuah, Malaysia.

Kami bangga menjadi Anak Malaysia !





No comments:

Post a Comment

Guru 2017