Wednesday, December 10, 2014

Hari Graduasi Pelajar Restu Kids & Teater Arnab Hitam 2014

Assalammualaikum wrt wbt

Alhamdullilah walaupun agak terlewat, namun masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk kami dipihak Restu Kids mengisi masa kosong anda semua dengan sedikit cerita tentang hari graduasi anak-anak Restu Kids 2014 dan persembahan teater Arnab Hitam. Pada tahun ini pihak Restu Kids telah memilih kisah teladan yang diadaptasi daripada sebuah buku bertajuk Arnab Hitam yang sangat menarik untuk diteladani oleh semua peringkat umur. Antara contoh nilai murni tersebut ialah tolong menolong antara satu sama lain, sikap sayang menyayangi dan sikap ambil berat antara satu sama lain.




 Walaupun banyak halangan dan dugaan yang datang tanpa diduga sebelum, selepas dan semasa tayangan namun kami di Restu Kids sangat bersyukur terhadap ilahi kerana anak-anak Restu Kids telah menunjukkan sikap yang sangat positif dan bersemangat waja untuk mempersembahkan lakonan mereka di hadapan keluarga mereka. Sesungguhnya nilai kudrat kami para guru terhapus dengan sekelip mata apabila melihat anak-anak Restu Kids di tatarias dan memakai pakaian yang sangat comel pada hari persembahan teater tersebut. 


Hanya Allah yang maha kuasa, maha pemurah yang dapat membalas jasa para ibu bapa yang berkorban wang ringgit tanpa keluhan, berkorban masa agar anak-anak Restu Kids dapat menghafal skrip dan watak mereka. Kami guru di Restu Kids tidak mampu menjayakan semua ini tanpa sokongan para ibu bapa khususnya. Tidak lupa juga warga khidmat Yayasan Restu yang bertungkus lumus membantu kami dari segi susun atur pentas, tatarias anak-anak Restu Kids serta yang membantu dari segi tenaga mereka membersihkan dan mengemas Auditorium. 




Tidak dilupakan juga pada penaja kami, Bank Persatuan Seksyen 9 Shah Alam yang menaja hadiah kepada anak-anak Restu Kids yang bergraduasi pada hari tersebut. Barakallahuma. Terima kasih atas jasa tuan yang sangat pemurah menaja kami di Restu Kids.





Kami di Restu Kids sangat berterima kasih dan akan cuba perbaiki segala kelemahan yang ada agar kami lebih maju ke hadapan. Akhir kata, semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang.




Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan, 
Intai kami antara nampak,
Esok jangan lupa-lupaan


Wasalam















No comments:

Post a Comment

Guru 2017