Monday, October 19, 2020

Salam Maulidur Rasul

 


Bismillahirahmanirrahim....

Tanggal 12 Rabiulawal dalam bulan hijrah Islam merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad SAW merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah SWT berikan kepada alam semester ini. 

.

.

Tema Sambutan Maulidur Rasul tahun ini adalah "Ummah Rabbani Negara Harmoni".

.

.

Rasulullah SAW adalah insan kamil yang tinggi keperibadian dan tiada tolok bandingnya. Baginda perlu dijadikan ikon perpaduan ummah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasullullah itu contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam susah dan senang)". 

(Surah Al-Ahzaab: 21)

No comments:

Post a Comment

Bento Art