Thursday, October 1, 2020

Si Kura-kura yang kerinduan...hahahaha 😆

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini teacher nak share sedikit hasil daripada teacher beli jiwa anak-anak murid teacher yang tersayang. Hepi dan seronok semuanya apabila dapat buat aktiviti Art&Craft ini.

.

Dan yang kelakarnya, mereka nih sampai bersorak dan rasa tak sabar nak tunggu teacher Art&Craft  masuk ke kelas. Begitulah dunia kanak-kanak yang penuh dengan hiburan dan keseronokkan.👀😆

.

.

Alahhhh...tak susah sangat pun nak beli jiwa mereka, buat aktiviti macam ni pun dan sengih sampai ke telinga, siap tanya lagi...Teacher minggu depan nak kena bawak apa lagi???? hahahaha..

.

Teacher saje je nak bagi diaorang rasa erti tanggungjawab. Maksudnya, bila kita arahkan mereka untuk bawak sesuatu contohnya untuk aktiviti kura-kura ini, teacher mintak mereka bawak sehelai kertas hijau dan Alhamdulillah, kerana rasa tanggungjawab itu, mereka bawak jugak, padahal teacher boleh je sediakan...hahahha...nakalkan teacher?hahahhaa.....















Tadaaa.... inilah hasil tangan kreatif pelajar 5 tahun.. Cantik kan! 😊


No comments:

Post a Comment

Bento Art